Thursday, April 25, 2013

PAS/PKR JUARA FITNAH SEJAK AZALI



Facebookers dan bloggers Pakatan Haram telah mula memainkan isu untuk memfitnah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Kononnya, salah seorang anggota polis mendakwa telah diarahkan untuk mengundi hari ini meskipun difahamkan tarikh pengundian awal sepatutnya ialah pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam).

Anggota polis ini, kononnya, turut mendedahkan bukti kertas undi yang tertera nama dan lambang parti calon yang bertanding di kawasannya. Kalau dilihat dari nama yang tertera di atas, anggota polis ini kononya mengundi di Parlimen Setiawangsa, di mana calon PGayR di parlimen tersebut adalah Ibrahim Yaacob manakala calon BN pula adalah Ahmad Fauzi Zahari.


Fitnah ke atas SPR ini dibuat dengan cukup baik. Namun ada beberapa keraguan yang perlu dijawab oleh juak-juak cybertroopers Pakatan Haram sebelum ianya dapat diterima oleh Rakyat Malaysia yang bijaksana:


1. Kenapa ianya disiarkan di laman sosial Facebook dan blog-blog pembangkang dan bukannya merujuk kes ini kepada SPR dan laporan dibuat di balai polis.


2. Kenapakah peguam-peguam Pakatan Haram berdiam diri setakat ini. Bukankah ahli-ahli politik Pakatan Haram seperti Rafizi Ramli, S Surendran, Lateefa Koya dan lain-lain amat gemarkan pendedahan kononnya mengemparkan ini?


3. Beberapa panggilan yang dibuat ke atas rakan-rakan CTS yang bekerja sebagai anggota polis menafikan mereka telah menerima kertas undi. Mereka senada berkata undian untuk anggota polis hanya akan dilakukan pada 30hb April.


4. Nama calon yang dicetak atas kertas undi sepatutnyanya sama seperti dalam MyKad atau kad pengenalan. Dan setahu CTS, dalam MyKad dan kad pengenalan tiada nama gelaran seperti Ustaz, Dato', Tan Sri dan sebagainya. Kalau hendak mengedit gambar tu buatlah secara sempurna. Ini letak Dato' pulak!


5. Nama keluarga (nama Cina) dan Nama bapa (Muslim) juga akan ditulis sama. Tiada nama tunggal seperti "AHMAD" akan ditulis.


6. Bagi polis, kertas undi tidak boleh di bawa keluar dari tempat mengundi. Melainkan jika polis tersebut tidak memasukkan kertas undi ke dalam sampul undi, dan ke dalam kotak undi. Namun hal itu sedikit sukar untuk dilakukan. Jika kertas undi tak boleh di bawa keluar, bagaimana gambar kertas undi boleh di ambil?


7. CTS yakin, dalam Malaysia, bukan seorang saja petugas SPR dan Polis. Justeru, sepatutnya ada lebih ramai lagi dari mereka yang sudah pun mengundi pos, jika benar ianya telah berlaku.


Akhirnya, CTS kata lain kalilah kalau hendak menipu Rakyat Malaysia. Provokasi murahan hanya kepada mereka yang tak berilmu. Maaf, rakyat Malaysia terutamanya pengundi-pengundi Barisan Nasional semuanya pandai-pandai belaka.

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2013/04/fitnah-kononnya-anggota-polis-telah.html#SqkEbVle7SiyvUsA.99

7 comments:

skodeng said...

memang aku dah baca fitnah yang mengatakan polis dah mula mengundi.. tapi aku tak percaya.. orang bodoh je yang akan percaya...

Malaysian Cybertrooper said...

Pencacai yang buat fitnah ni baru first time nak mengundi kot. Sebab tu dia pun tak tahu macam mana rupa sebenar kertas undi tu. hehehe

http://mycybertrooper.net.ms

Anonymous said...

Kenapa letak my tentera yg tlah diedit sedangkan berita tu x de sebut hal tentera. Pic pegawai wanita tu mcm edit je. Mohon penjelasan.tq

Anonymous said...

Bro... cantik la pulak gambar achkarr tu

Anonymous said...

Masalahnya sejak sekian lama..selepas pilihanraya kes semasa kempen pilihanraya akan di tutup dan NO CASE so ini masalahnya..Polis dan Peguam Negara kena bertindak tegas..da main pukul, bunuh, bom dan baling bom petrol kira da melampau.. Fitnah Dari Blog Milo Suam akan si ambil tindakan.. Jgn beri peluang ruang pada mangkok mcm ini

Anonymous said...

tu yg bodoh depa ni...dok la berkokok dlm FB. tu sy kata kalo benar ko sbg pejuang keadilan (keadilan la sgt kan..) g bw saksi dan bukti g repot sbb smua org even org BN tak suka kalo ada yg cuba menipu. sbb org tak bacul utk takut berlawan. tak guna menang kalo xbermaruah. nitak dok la bising dlm FB. kata ada bukti tp dok menyalak tak smpi ke repot polis apahal. sm gak bila polis jawab yg jabatn tu lum mengundi depa dok bising napa polis jwab bukn SPR. dah ko tuduh polis so polis ler jawab. SPR dh nk muntah jawab korg bukan dengor pun. tak mcm st manusia dia sedap org lain menjawab sbb tak cukup gentle...cehhhh

Anonymous said...

Ada dua kemungkinan:
1) Kertas undi yang dalam gambar tu palsu (aku pun boleh buat pastu cetak) sebab selama aku mengundi sebelum ni, belum pernah pulak ada gelaran dato' yang tulis sama. Dah tu, ade ke patut calon bebas Parlimen Bandar Tun Razak SPR letak nam MOKHTAR je? Mokhtar je? Anak sape mokhtar ni? Kalau ada 2 calon nama mokhtar camne? Nak palsukan kertas undi tapi bodoh macam lembu!
2)Kemungkinan kedua, petugas SPR (tapi sokong pembangkang) yang tidak bertanggungjawab yang amik gambar kertas undi tu pastu tuduh kata polis dah mengundi. Dah tu, sorang je yang mengaku. Kalau setakat sorang je yang mengaku dah undi, orang bodoh je yang percaya. Elok la tu, yang mengaku dah mengundi tu gila sebab mengaku dah unid (sorang dia je la), yang percaya pulak bodoh..