Saturday, April 6, 2013

USTAZ NASHA SMASH KEPALA KARPAL SINK!!!



1. Simbol, lambang atau logo adalah merupakan sesuatu yang amat penting bagi sesebuah organisasi. Ia mewakili (intention) hasrat dan content isi sebenar organisai berkenaan. Organisasi korporat sanggup membelanjakan jutaan ringgit hanya untuk merekacipta logo sebagai lambang korporat mereka.

2. Di dalam sesebuah peperangan, panji-panji pasukan atau kumpulan yang berperang berperanan sebagai pembakar semangat dan lambang kepada sesebuah pasukan berkenaan. Sehubungan itu, di dalam sejarah Islam, terpahat insiden di mana para sahabat (RA) bermati-matian untuk mempertahankan Panji-panji atau simbol yang dibawa oleh Jemaah Islam di dalam peperangan tersebut.

3. Kesediaan YB Karpal Singh dan YB Lim Kit Siang selaku dua pemimpin utama DAP untuk menggunakan simbol PAS pada PRU ke 13 adalah sesuatu yang amat menarik. Ia membawa maksud kesediaan DAP sebagai sebuah parti yang menolak pelaksanaa syariat, menolak kewujudan hukum hudud Islam tetapi bersekutu dengan Pas dalam Pakatan Rakyat, bersetuju memakai symbol Pas dalam PRU-13 nanti jika ROS mengambil tindakan ke atas parti DAP di atas “kesilapan teknik DAP ketika melaksanakan kiraan undi sewaktu pemilihan AJK Pusatnya” baru-baru ini.

4. Isu ini menarik kerana; adakah ini bermakna Karpal Singh dan Lim Kit Siang sudah menerima dasar dasar Islam yang diperjuangkan PAS seperti Negara Islam, pelaksanaan hukum hudud, penggunaan Kalimat Allah hanya untuk orang Islam sebagaimana diputuskan oleh Syura Pas dan lain lain isu Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

5. Untuk menggelakkan kekeliruan di kalangan para pengundi PRU-13 nanti, adalah wajar bagi Karpal Singh dan Lim Kit Siang menggumumkan secara terbuka pendirian baru mereka terhadap isu-isu tersebut bagi membolehkan rakyat membuat penilaian terutamanya oleh ahli-ahli Pas sendiri, yang telah banyak berkorban berkempen dan bersedia bertungkus-lumus untuk memenangkan calon-calon Pas khususnya dan sekutu pakatannya sama ada di peringkat parlimen mahupun Dewan Udangan Negeri (DUN).

6. Sebagai ahli PAS, saya merasakan ini adalah sebahagian daripada kejayaan PAS hasil daripada istiqamahnya dalam mendidik masyarakat – Islam dan bukan Islam, termasuklah rakan kongsi politiknya dalam Pakatan Rakyat dalam menerima Islam sebagai agama yang syumul.

7. Oleh yang demikian, kita menuntut YB Karpal Singh dan YB Lim Kit Siang memberikan komitmen yang jelas dan bertanggungjawab menjelaskan kedudukan perkara ini kepada seluruh ahli Pas khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Setiap ahli Pas berhak mendapat penjelasan apakah kedua-dua wakil pemimpin utama DAP itu sudah menerima semua dasar dan prinsip perjuangan Pas yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulamak Pas selaku pemegang amanah dan dsaar parti selama ini.

Nasharudin Mat Isa,
Kuala Lumpur.
6 April 2013

2 comments:

Anonymous said...

Pada saya, penggunaan logo pas oleh calon dap akan "mengkafirkan" pas... Satu soalan... adaakah niat menggunakan logo pas adalah jujur atau ada agenda tersembunyi?

Anonymous said...

tok nok lak guna logo dajal mata satu