Friday, June 28, 2013

AZALINA SUBURKAN DEMOKRASI DALAM WANITA UMNO


PETALING JAYA: Persaingan utama dalam Umno akan menyaksikan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Datuk Seri Azalina Othman Said yang bersedia untuk berjuang dalam menerajui kepimpinan Wanita Umno.

Shahrizat mengesahkan bahawa beliau berhasrat untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita yang dimenangi beliau pada tahun 2009 selepas menewaskan Tan Sri Rafidah Aziz.

Ahli Parlimen Pengerang dan bekas Ketua Puteri Umno Azalina, ketika dihubungi, berkata: "Ya, saya berminat untuk bertanding. Saya telah membuat keputusan."

Shahrizat, dengan kerjaya politiknya yang terjejas oleh skandal Pusat Fidlot Nasional atau NFC tahun lepas, berkata keputusan beliau berdasarkan galakan dan sokongan daripada sayap wanita.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak akan mengambil kesempatan tetapi yakin para anggota Wanita Umno akan berdiri bersama beliau.

"Mereka berada untuk saya pada waktu gelap saya dan saya percaya mereka tidak akan meninggalkan saya. Mereka adalah sahabat saya dan sahabat adalah seperti bintang. Semakin gelap malam, sinarannya semakin bercahaya," kata beliau.

Persaingan antara kedua-dua wanita itu mungkin akan diberikan perhatian dalam pemilihan parti berikutan ia melibatkan dua personaliti besar dan berkepentingan.

Shahrizat berada dalam Kabinet selama 11 tahun dan merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum didesak untuk meletak jawatan pada Mac tahun lepas.

Suaminya Datuk Seri Mohd Salleh Ismail yang menghadapi tuduhan di mahkamah kerana isu NFC tetapi Shahrizat menafikan mempunyai apa-apa kaitan dengan perkara itu.

Beliau tidak bertanding dalam pilihan raya umum dan walaupun masalah melanda beliau, sayap wanita itu terus berdiri di bawah pimpinan beliau seperti yang dibuktikan semasa perhimpunan secara besar-besaran di peringkat akar umbi Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika kemuncak skandal itu.

Ditanya sama ada beliau mempunyai pesaing yang akan bertanding dalam jawatan itu, beliau berkata, beliau akan berbincang dengan penyokong beliau.

Beliau juga berkata, beliau belum lagi bertemu dengan Pengerusi Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.

Azalina, seorang bekas menteri dan anggota Parlimen wanita menawarkan dirinya sebagai ejen perubahan untuk Wanita Umno.

Beliau berkata, generasi baru wanita Melayu telah muncul dalam Umno dan mereka boleh membantu membuatkan sayap wanita itu lebih menarik dan relevan dengan landskap politik baru.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil:

>Tarikh lahir: 15 Ogos 1953

>Pada masa ini merupakan Ketua Wanita Umno, dan merupakan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

>Ahli Parlimen Lembah Pantai dari 1995 sehingga 2008. Senator dari 2008 sehingga 2012.

>Pernah terbabit dalam kontroversi yang melanda ahli keluarganya yang didakwa menyalahgunakan wang rakyat dalam skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

>Isteri kepada Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan memperoleh tiga anak.

Datuk Seri Azalina Othman Said:

>Tarikh lahir: 31 Disember 1963

>Merupakan Ketua Puteri Umno dari 2002 sehingga 2004.

>Pernah dikaitkan dengan kontroversi dalam cadangan projek Brickendonbury ketika beliau ketika itu merupakan Menteri Belia dan Sukan, dan mengenai perbelanjaan Pempena ketika beliau menjadi Menteri Pelancongan.

>Ahli Parlimen Pengerang dari 2004.

>Merupakan pemegang tali pinggang hitam taekwondo.

2 comments:

Anonymous said...

Anwar di cerca kerana di katakan dia Gay
Tapi sekarang umno nak lantik ketua wanita lesbian pula
apa hal umno?

Anonymous said...

Dengan berbekalkan kertas kerja sahaja tanpa rekod perniagaan,laki Sharizat diberi pinjaman mudah RM 250 juta.Aku yang dah berniaga 3 tahun tetapi nak dapatkan pinjaman RM 1 juta dari agensi kerajaan seperti PUNB/SME Bank/SME Corp pun ditolak tanpa sebarang sebab.Tapi aku tau punca ditolak sebabnya isteri aku bukan Menteri atau Ahli Politik.Last2 bank swasta milik cina yang beri aku pinjaman.