Sunday, June 30, 2013

FINAL PIALA FA- FANDI AHMAD TIADA KUALITI



PENULIS kenal ramai jurulatih bolasepak terkenal dunia seperti Carlos Albarto Pareira, Mario Zagalo, Franz Beckenbauer dan ramai lagi, cuma mereka sahaja yang tak kenal penulis.

Tapi soal siapa kenal siapa, tak begitu penting, yang penting, walaupun ketiga-tiga mereka berada dalam generasi kejurulatihan yang tidak sama, satu yang pasti ialah, penulis tidak pernah nampak ada di antara mereka ini yang mengeluarkan pemain seawal minit ke-16 untuk digantikan dengan pemain lain – melainkan berlaku kecederaan.

Bukan ketiga-tiga mereka ini sahaja, tapi hampir kata 99.9% jurulatih dalam dunia pun begitu.

Dikirakan ‘membazir’ bila pemain kesebelasan utama yang telah diuji tahap kecergasan untuk beraksi selama 90 minit, hanya dibenarkan berada di atas padang selama 16 minit sahaja, sebelum digantikan dengan pemain lain.

Bagaimanapun, di Malaysia yang tidak berapa terkenal dalam bidang bolasepak ini, amalan membazir macam itu ada, diamalkan oleh jurulatih berasal dari seberang Tambak, Fandi Ahmad. Fandi yang melatih pasukan Johor Darul Takzim (JDT), diketahui mempunyai kegemaran menggantikan pemain seawal minit ke 16 atas alasan strategi.

JDT sepatutnya tidak ada masalah menyamakan kedudukan kerana ada masa yangbanyak disamping kelebihan yang kecil begitu, tapi kerana silap catur strategi oleh Fandi Ahmad,mereka kalah dan Kelantan berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut.

Seterusnya mengecewakan peminat bolasepak Johor yang sudah lama mengidamkankejuaraan dalam bolasepak. Penulis tidak pasti bila kali terakhir Johor menang Piala FA,tapi kalau tak salah, awal dekad 90-an dulu, lama tu.

Kita tak pasti apa yang ada dalam kepala Fandi. Mungkin dia rasa dengan barisan pemain bintang yang dimilikinya, bukanlah satu masalah untuk mengeluarkan pemain seawal minit ke 16. Tapi ternyata cara itu tidak berkesan, malah memberi kelebihan yang banyak kepada pasukan lawan kerana memiliki pemain gantian yang lebih cergas pada separuh masa kedua.

Bagaimanapun, ini adalah pengajaran untuk semua pasukan, pemain ternama, belanja besar puntak berguna kalau jurulatih jadikan pasukan tersebut sebagai bahan ujikaji strategi yang tidak begitu masuk akal. Kalau berjaya sangat, dah lama jurulatih pasukan gergasi bolasepak dunia seperti Brazil, Argentinadan Jerman guna pendekatan seperti itu.

10 comments:

Anonymous said...

tepat bro....rugi klau dpt coach mcm nih..saja nak malukan SS khasnya..& msia amnya

Anonymous said...

Apapun aku tabik Tengku Ismail, berani dan beridea, klu korang pehatikan bolasepak Malaysia dh kembali bsinar, stiap plawanan yg ada kaitan dgn JDT pasti penuh stadium, dh lama xrasa suasana mcm ni, terbaik Tengku Ismail.

Anonymous said...

Tp wa takut la beb, di sebalik setiap kemenangan atau kekalahan tu..tg tersengeh memanjang, para2 bookie dan kepala segala bookie ni..wa maseh musykil...

Anonymous said...

Strategi fandi ahmad x leh pakai, safee patut dikekalkan hingga tamat game.

usin said...

entah la...sejak final piala fa tempohari, dh mcm2 aku dengar ulasan tentang fandi ahmad ni. yg paling bnyk ialah fandi ni bodo. yg simpati dgn fandi mcm takde. semua balun fandi. yelah, jdt kalah. kalau jdt menang, lain pulak cara ulasnya. yg paling aku seronok ialah SEMAKIN RAMAI RAKYAT MALAYSIA LAYAK MENJADI JURULATIH BOLASEPAK YG CERDIK DAN BIJAKSANA.....

Anonymous said...

fandi ahamad??? WTF!!!

AKU budak woodland said...

GUA DAH LAMA TAK MINAT FANDI JADI COACH JDT
IDEA LEMAH, MEMANG FANDI PEMAIN HEBAT , TAPI SEBAGAI COACH MEMANG TAK ADA KEUPAYAAN UNTUK MENJADIKAN JDT SEBAGAI PASUKAN YANG DISEGANI.
KADANG NAK KALAHKAN PASUKAN YANG TAK ADA BINTANG PUN TERKUCIL KATA ORANG JOHOR.
KALAU MENANG PUN KELEBIHAN 1 GOL JE.
HARAP TMJ AMBIL PERHATIAN.
JURULATIH YANG BAIK MESTI MENGHASILKAN PASUKAN YANG JUARA TAK PUN PASUKAN YANG MEMPUNYAI CARA PERMAINAN YANG MEGHIBURKAN.
REKOD FANDI SEMASA MENJADI JURULATIH KELAB DISINGAPURA PUN TAK BOLEH DIBANGGAKAN.

Anonymous said...

FANDI MUST LEAVE JDT

Anonymous said...

Jadi pemain yg berkaliber belum tentu jadi Coach yg baik...contohnya Fandi Ahmad. Apa punya strategi yg dia pakai...?? membazirkan resources. JDT patutnya boleh buat lebih baik kalau dia mampu menerapkan counter strategi selepas ketinggalan 1-0 . Apa pun Fandi sebenarnya tak ada banyak pengalaman sebagai Coach ..sebab itu dia kurang kreatif dalam mencongak dan menyusun permainan.

yaya said...

ya ya......fandi tak pandai. kita penonton memang hebat belaka, pandai2 belaka... ya ya aku setuju aku setuju