Tuesday, June 18, 2013

HUKUM INI YANG PAS MAHUKAN???

4 comments:

Anonymous said...

Kita Nak Minta Kepada Umno

1. Orang berbudi kita berbahasa.
2. Kenang budi para pengundi yang telah menyelamatkan hayat Umno pada PRU13.
3. Perkasakan semua Majlis Agama Islam Negeri melalui :

(1) Tambah budget majlis
(2) Tambah pegawai penguatkuasa agama untuk memeriksa dan menangkap pasangan2 islam yang buat maksiat sama ada di tempat sembunyi atau terang
(3) Naikkan hukuman denda dan penjara bagi kesalahan khalwat atau sekedudukan. Amaun denda yang ada sekarang membuatkan orang tak heran - naikkan kepada Minima RM5,000.00 dan Maksima RM10,000.00 ATAU penjara Minima 6 bulan dan Maksima 2 tahun.
(4) Pinda Enakment Jenayah Syariah supaya ada peruntukan untuk menghukum bukan islam yang ditangkap khalwat atau sekedudukan dengan pasangan muslim (enakment yang ada sekarang nampak kartun sangat - bukan islam terlepas daripada sebarang hukuman begitu saja. Ini akan menggalakkan lelaki bukan islam ambil kesempatan ketas wanita islam)

4. Perkasakan semua cabang pendidikan islam melalui :

(1) Beri bantuan penuh kepada sekolah2 agama.
(2) Upgrade taraf guru2 sekolah agama setaraf dengan guru sekolah akedamik.
(3) Buat penambah baikan kepada infrastruktur disekolah2 agama setanding dengan sekolah cina dan sekolah tamil.

Kami orang2 melayu yang undi Umno pada PRU13 sebenarnya sikit pun tak termakan dengan janji Hudud oleh Pas. Kami berpendapat tanpa Hudud pun kita boleh cegah dan basmi maksiat, hanya perlu buat penambah baikan kepada Enakment Jenayah Syariah yang sedia ada. Kami tahu Pas jadikan Hudud sebagai umpan nak dapatkan sokongan orang melayu, itu saja.

Maka Umno " Tepok lah Dada dan Tanya lah Hati ". Nak jaga hati kami (pengundi Umno) atau nak jaga orang lain (yang tak undi Umno). As simple as that. Ini Kali lah .. UBAH.

Peluang Datang Tanpa Di Undang. Umno Kami Harap Jadi Hulubalang.
Di Dewan Rakyat Bila Bersidang.
Umno Bukan Tunggul, Umno Bukan Batang.

Hj Ariffin

Anonymous said...

Hanya Pemimin Agong Pas iaitu Ayatullah Nik Abdul Aziz sahaja yang boleh jawab soalan Keris Putra.

Hj Ariffin

Anonymous said...

Kalau kita fikir2kan, memang pada PRU13 orang cina dan india " go all out " untuk menjatuhkan kuasa politik melayu. Sebab itu slogan INI KALI LAH digunakan. Tapi melayu Pas dan melayu PKR yang bengong lagi bengap tu bukan main bangga lagi mencanangkan slogan tu di serata kampong. Malah melayu Pas yang pakai topi (ketayap) Pas dengan baju logo Pas, dengan bangganya mengarak bendera roket dalam kampong, pada hal saya tak pernah nampak pun sekor cina yang arak bendera bulan dalam pekan.

Slogan INI KALI LAH memang mereka cina dan india dah Confirmed 100% bahawa ini kali melayu akan jatuh sebab pada masa itu sokongan melayu yang bengong lagi bengap ini kepada parti2 Pakatan Rakyat sangat memuncak, dan kami yang pro Umno pun tak yakin Umno akan kekal berkuasa. Tapi dengan kuasa Allah, orang melayu yang tak bengong dan bengap telah memihak kepada Umno demi untuk menelamatkan kuasa politik melayu.

Saya ceritakan ini semua supaya Najib tahu, sedar diri dan insaf siapa dirinya kalau bukan kita melayu yang tak menyertai mana2 parti ini yang memangkah parti Umno. KAMI PANGKAH LAMBANG DACING BUKAN KERANA NAK SELAMATKAN BN TETAPI KERANA NAK SELAMATKAN UMNO.

Hj Ariffin

Anonymous said...

hukuman diArab Saudi sengaja ditonjolkan tapi perjalanan mahkamahnya yang selalu berat sebelah jarang kita lihat.sampai kiamat pun timur tengah tetap jahil.seolah apa saja yang mereka lakukan seolah cara keIslaman.