Wednesday, June 5, 2013

PAP TIKAM BELAKANG DAP



KEPUTUSAN pilihanraya umum yang lepas sebetulnya menyebabkan kekecewaan berganda kepada pembangkang. Sudahlah Putrajaya semakin jauh dari jangkauan, rakan-rakan yang dulu kelihatan hebat memberi bantuan, kini mula mengundur kebelakang, dengan yang paling ketara ialah kerajaan Singapura.

Singapura baru-baru ini menolak permintaan DAP supaya tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas 21 penyokong parti tersebut yang ditahan di Singapura kerana mengadakan demonstrasi membantah keputusan PRU13 di Taman Merlion, Singapura. Lebih parah lagi Singapura turut memberi amaran kepada mana-mana pihak di negara ini agar tidak masuk campur dalam urusan negara tersebut.

Perkembangan ini sudah tentu menarik kerana sudah banyak yang diperkatakan orang tentang sokongan kerajaan Singapura terhadap parti pembangkang, terutama DAP. Walaupun tidak ada bukti kukuh untuk menyokong pendapat tersebut, tapi kita yakin perkara ini berlaku, melihat kepada hubungan baik antara pimpinan DAP dengan kerajaan Singapura serta kekerapan lawatan pemimpin DAP ke negara tersebut atas sebab yang tidak begitu kita dapat pastikan.

Selain penglibatan para diplomat Singapura dalam himpunan anti kerajaan Bersih yang dianjurkan pembangkang.

Bagaimanapun, sesuai dengan sifatnya yang bergantung kepada Malaysia untuk mengekalkan kuasa ekonomi seperti sekarang, kerajaan Singapura membuat keputusan yang dilihat untuk menyelamatkan negara tersebut dari krisis berpanjangan dengan Malaysia, sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun lagi dengan tidak mempedulikan permintaan DAP suoaya 21 ekor kera itu dilepaskan dari tindakan undang-undang yang dikenakan kepada mereka.

Hakikat yang pahit diterima, kemenangan BN dalam PRU13 yang lepas telah merencat segala perancangan oleh pihak-pihak tertentu di negara tersebut untuk menguasai negara ini secara halus atau lebih tepat lagi menggunakan parti-parti pembangkang sebagai kuda tunggangan, terutama DAP dan PKR.

DAP kini tinggal tersepit kerana Singapura yang disangka kawan baik itu, menikam mereka dari belakang dengan tindakan seumpama ini. Nampak sangat DAP sama seperti sepah tebu yang lain, diluah dan dibuang setelah manisnya habis digunakan. Tidak sekadar tindakan undang-undang, sudah ada dikalangan kera-kera yang menyertai demonstrasi tersebut yang ditamatkan pas kerja masing-masing. Kalau perkara sama berlaku di Malaysia, sudah tentu kerajaan ini digelar dengan pelbagai nama, tapi sebab perkara ini berlaku di Singapura, maka masing-masing pakat-pakat diam.

Maka itu tidak hairan kenapa Singapura menjadi sasaran blog-blog pro pembangkang. Sebuah portal yang mewakili Pakatan Rakyat, suarapakatanrakyat.com umpamanya menyifatkan kerajaan Singapura sebagai celaka kerana tindakan ke atas peserta demonstrasi yang disifatkan mereka tidak selari dengan tuntutan hak asasi manusia.

Memang Pakatan Rakyat macam itu, asal saja tak sebulu dengan aspirasi dia, akan menjadi mangsa kutukan dan hinaan.

Sumber-SGB

1 comment:

Anonymous said...

Tunggang menunggang...kuda di kuda..makan di makan..baliing duit sembunyi tgn..

Penipu teman penipu jadi penyangak. Barua teman barua jadi raja..segala raja..raja fitnah raja kuasa raja blackout raja bangla raja dakwat raja jlnan raja stadium raja lilin raja baju itam