Wednesday, June 12, 2013

PETISYEN MENGARUT/MENIPU DARI PAKATAN PEMBANGKANG


Semalam  tamatlah tempoh memfailkan petisyen PRU ke-13. BN sendiri memfailkan 21 petisyen kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dan begitu juga dengan pihak pembangkang yang turut berbuat perkara yang sama.

Dengan itu, maka jelaslah semua pihak menghormati keputusan PRU ke-13 yang lalu. Ketidakpuasan hati atas keputusan itu telah disalurkan melalui saluran yang betul dan bukannya dengan melakukan tuduhan tidak berasas di kedai kopi…

Pun begitu, saya amat mengharapkan agar petisyen yang dikemukakan oleh pembangkang itu mengandungi tuduhan yang pernah mereka lemparkan kepada SPR dan BN sebelum ini seperti “mengimport 40,000 bangla” untuk mengundi BN pada PRU lalu.

Selain itu, petisyen mereka juga perlu ada tuduhan berlakunya “blackout” sebagaimana yang diwar-warkan pada setiap himpunan haram mereka selepas PRU. Dan begitu juga dengan dakwaan “boleh mengundi 2-3 kali pada PRU ke-13”, itu juga perlu dimasukkan sekali di dalam petisyen mereka.

Kenapa? Kerana perkara-perkara itulah yang dihebohkan kepada rakyat sebelum ini. Kononnya BN dan SPR berpakat untuk memastikan kemenangan BN. Malah BN dituduh “mencuri kemenangan” Pakatan Haram dengan cara tersebut dan SPR pula dituduh menipu…

Rasanya, hanya orang tak punya akal saja yang akan percaya pada tohmahan 40,000 bangla yang diberi kad pengenalan untuk mengundi di Malaysia pada PRU ke-13 tempohari. Tak payah jelaskan pun saya yakin ramai yang waras tidak akan percaya pada fitnah tersebut…

Pakatan Haram benar-benar yakin dengan propaganda kononnya berlaku “blackout” ketika proses kiraan undi akan dipercaya rakyat. Padahal, rakyat pun ada otak dan akal untuk berfikir tentang tuduhan liar itu. Tiada “blackout” yang berlaku pun sebenarnya.

Paling melucukan, mereka mempergunakan beberapa budak mentah untuk mendakwa dirinya boleh mengundi 2-3 kali pada PRU ke-13. Ketawa besar saya dibuatnya. Rasanya, dakwaan itu hanya akan dipercaya oleh budak-budak bawah umur yang tak pernah mengundi!

Saya pernah bertanyakan kepada seorang bekas penjawat awam yang pernah mengendalikan pilihanraya sebagai RO sebanyak 5 kali. Beliau berkata, adalah sangat mustahil untuk berlaku penipuan ketika proses mengundi. Dan beliau pun ketawa apabila saya ceritakan tuduhan bodoh pembangkang itu.

Pada saya, tidak percaya pada SPR maka bermakna tidak percaya pada DYMM Yang DiPertuan Agong. Perkataan “DiRaja” pada nama SPR itu cukup menggambarkan bahawa agensi bebas itu dilantik secara langsung oleh DYMM Yang DiPertuan Agong.

Padanlah puak-puak Pakatan Haram baru-baru ini begitu giat menghina DYMM Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu secara terbuka. Mungkin itu salah satu strategi mereka untuk merendah-rendahkan institusi DiRaja di negara ini.

Mereka fikir, apabila institusi DiRaja dihina dan diperlekehkan, maka imej “payung negara” itu akan tercemar dengan mudah serta mudah dituduh sebagai “dipergunakan” untuk kepentingan kerajaan BN?

Siapa yang ajar mereka untuk berkurang ajar begitu? Red Bean Army?

Mereka sengaja menyebarkan pembohongan mereka setiap hari supaya rakyat di negara ini akhirnya percaya dengan propaganda jahat mereka itu. Serampang dua mata, jika propaganda mereka itu berjaya maka mereka boleh merampas kuasa dari BN dan menghapuskan institusi DiRaja di negara ini?

Pada hemat saya, perkara itu perlu dibendung dan dipatahkan segera oleh pihak berkuasa. Mungkin akta ISA sudah dimansuhkan. Namun akta-akta lain masih ada. Peguam Negara perlu bertindak segera dan usahlah hanya cuba memenjarakan seseorang yang sebenarnya langsung tidak bersalah!

Kita perlu tahu bahawa pihak pembangkang di negara kita sekarang ini sudah “tidak sihat” dan “menggila”. Mereka sanggup lakukan apa saja demi kuasa. Kalau tak dapat secara pilihanraya, mereka akan cuba lagi dengan cara yang lebih jijik…

Persoalannya, apakah rakyat Malaysia, khususnya lebih 1 juta pengundi Melayu yang masih belum berdaftar itu sedar tentang agenda jahat puak Pakatan Haram ini? Apakah perkara terancang ini perlu dibiarkan? Saya fikir, kita perlu lakukan sesuatu sebelum PRU ke-14. Apa kata anda?

No comments: