Thursday, June 13, 2013

SPR SMASH GENG 505!!



Pakatan Rakyat telah menyenaraikan tiga tuntutan berkenaan dengan pembaharuan yang melibatkan Pilihanraya yang akan dikemukakan semasa perhimpunan “Black505” di Padang Merbok pada 22 Jun ini.

Tiga tuntutan tersebut adalah seperti yang berikut:


(a) perletakan jawatan serta-merta anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR);
(b) pilihanraya diadakan semula di sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen yang dikenal pasti; dan
(c) menghentikan kajian semula pembahagian bahagian-bahagian pilihanraya sehingga anggota-anggota baru SPR dilantik.


PERUNTUKAN UNDANG-UDANG MENGENAI ISU YANG DITIMBULKAN

1. Perletakan jawatan serta merta anggota SPR

Anggota-anggota SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Perkara 114 juga, seseorang anggota SPR hanya akan terhenti memegang jawatan apabila mencapai umur 66 tahun atau anggota itu sendiri meletakkan jawatannya.

Oleh yang demikian, jelas perletakan jawatan mana-mana anggota SPR hanya boleh dibuat oleh anggota SPR itu sendiri dengan rela hati tanpa apa-apa gesaan daripada mana-mana pihak.

Walau bagaimanapun seseorang anggota SPR itu boleh dipecat menurut peruntukan undang-undang. Pemecatan mana-mana anggota SPR hanya boleh dibuat:


(a) melalui suatu perintah oleh Yang di-Pertuan Agong jika anggota itu adalah seorang bankrap, terlibat dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan berbayar di luar tugas jawatannya atau apabila mereka menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dewan Undangan Negeri; atau


(b) melalui suatu Tribunal yang ditubuhkan (alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan).


Walau bagaimanapun jika gesaan dari mana-mana parti politik berhubung dengan pemecatan anggota SPR ini mendapat pertimbangan Kerajaan maka suatu Tribunal hendaklah ditubuhkan mengikut tatacara yang ditetapkan.

2. Pilihan Raya diadakan semula di sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen yang dikenal pasti

Di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, tiada pemilihan ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan sesuatu Negeri boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya.

Oleh yang demikian sehingga pengisytiharan dibuat oleh Mahkamah Pilihan Raya bahawa pilihan raya itu tidak sah maka pilihan raya tidak boleh diadakan semula di 30 kerusi Parlimen yang dikenal pasti itu.

Bagi PRU 13, tarikh akhir untuk memfailkan Petisyen Pilihanraya ialah 12 Jun 2013.

3. Menghentikan kajian semula pembahagian bahagian-bahagian pilihan raya sehingga anggota-anggota baru SPR dilantik.

Fungsi SPR untuk mengkaji semula persempadanan bahagian pilihanraya diperuntukkan di bawah Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.

Di bawah perenggan (i) Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, kajian semula hendaklah dibuat setelah tamat lat tempoh 8 tahun dari tarikh siapnya kajian semula yang terakhir dijalankan.

Bagi maksud itu, kajian semula yang terakhir dijalankan ialah pada 21 Mac 2003. Ini bermakna lat 8 tahun akan bermula selepas 21 Mac 2011. Kajian tersebut tidak wajar dilengahkan dan hendaklah dibuat dalam tempoh yang munasabah kerana ini merupakan tuntutan tugas SPR di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Maka apa-apa kelengahan apatah lagi terus diberhentikan atas alasan ingin melantik anggota-anggota SPR yang baru tersebut bukanlah merupakan alasan yang kukuh dan munasabah.

2 comments:

Anonymous said...

Perpaduan Melayu

Saya dah banyak kali sebut di merata blog. Dan saya tak yakin pemimpin melayu baik yang politik mahu pun yang agama akan berjaya menyatu padukan orang melayu. Sebab setiap pemimpin politik atau pemimpin agama, bila nak satukan orang melayu, benda pertama yang akan terbit dalam kepala hotak mereka adalah " adakah penyatuan ini akan menguntung aku ? ". Congak punya congak punya congak, last sekali berkata lah hati kecilnya, " lantak lah melayu berpecah, setidak2nya aku dapat survive kerana mereka berpecah ".

Melayu nak bersatu ? Tak payah rujuk mana2 kitab lah, tak payah nak cari hadis soheh kah tak soheh, tak payah lah nak petik mana2 ayat atau surah dalam quran. Buang masa saja, confirmed tak akan menjadi punya.

Nak bersatu. Pergi belajar daripada orang cina, berguru dengan mereka. Mereka nak bersatu tak pun mereka rujuk kepada pemimpin politik mereka, tak pun mereka minta tok2 sami mereka baca ayat2 daripada kitab agama mereka. Mereka bersatu sendiri2 saja.

Tengok macam mana cina bersatu hati pada PRU13. Bila cina naik meluat dengan Umno, cina MCA kah, cina Gerakan kah atau cina SUPP kah mereka diam2 bersatu dengan cina DAP " Ini Kali Kita Mesti Jatuhkan Umno " maka 95% pengundi cina beri undi kepada DAP walau pun pemimpin2 MCA, Gerakan dan SUPP bermati2an berkempen untuk BN. Semua cina bersatu kerana mereka meluat dengan Umno, mereka tak meluat dengan BN, mereka tak meluat dengan MCA, Gerakan dan SUPP. Tapi kerana 3 parti tu berada dalam satu kem dengan Umno maka pengundi cina memaksa diri mereka untuk meluat seketika (masa PRU saja lah) kepada ketiga2 parti itu. Cerdiknya mereka.

Melayu sepatutnya bersatu ikut cara orang cina. Kita juga ada sikit rasa meluat kepada Umno, dulu2 pun kita memang ada juga sikit rasa meluat kepada Pas (meluat kita kepada Pas dengan Umno ni lebih kurang saja). Tapi bila Pas bergabung dengan DAP dalam satu kem, perasaan meluat kita kepada Pas semakin bertambah2 kerana meluat semula jadi kita kepada DAP yang tak pernah padam2.

Sewajibnya, sebagai warning kepada Pas " kalau Pas nak tegakkan pemerintahan islam dinegara ini jangan lah kamu percaya dengan bantuan daripada orang kafir " kita orang melayu sepatutnya 95% memberikan undi kepada Umno supaya Pas kalah sungguh2 supaya lain kali dia lebih berhati2. Kita beri pengajaran kepada Pas, bukan kita nak bunuh dia. Selepas itu kalau Umno pulak besar kepala, lupa diri, PRU14 datang kita ajar Umno cukup2. Kalau macam itu lah cerdiknya kita orang melayu, tak ada satu parti pun yang akan berani mengabaikan melayu dan islam.

Pada pendapat saya, itu lah satu bentuk perpaduan yang paling Effective and Practical jika orang melayu mahu mereka mendapat perhatian dan pembelaan sewajarnya daripada parti yang membentuk kerajaan.

Hj Ariffin

Anonymous said...

Syabash SPR.

Macam tu lah. Jangan lembek dan lembut. Ni tidak pembangkang minta guna dakwat kekal, ikut. Pembangkang minta masuhkan ISA, ikut. Pembangkang minta Suruhanjaya Siasatan Diraja, ikut. Akhir sekali kepada dia pun pembangkang pijak, bukan nak terima kasih.

Zaman Mahathir juga lah Umno Terbaik.

Hj Ariffin