Wednesday, June 12, 2013

TIADA TAPAK LAGI UNTUK UMNO/BN DI SELANGOR SELEPAS PRU14



AIDCNews – 12/06/13 – Pengerusi Dewan Himpunan PAS Pusat (DHPP) Hu Pang Chow menggesa Pakatan agar memastikan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO tidak bertapak lagi di negeri itu.

Bercakap kepada FMT, beliau berkata, BN sudah dua penggal ditolak oleh rakyat negeri Selangor, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 pada 2008 dan PRU-13 lalu, dan tugas Pakatan untuk memastikan BN tidak boleh lagi bertapak di negeri Selangor.

“Malahan Pakatan Rakyat sekarang ini lebih kuat kerana kita memenangi lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding BN,” terang beliau selepas ditemui dalam satu majlis Pakatan Rakyat di KIP Industrial Park, Petaling Jaya baru-baru ini.

Pada PRU-13, DAP dan Pas masing-masing memenangi 15 kerusi, dan PKR menang 14 kerusi berbanding dengan BN yang hanya memenangi 12 kerusi DUN Selangor.



2 comments:

azman hangjebat said...

insya allah umno akan kembali..pada pemimpin umno jgn lagi harap pada noh omar dan mr zin ini..merekalaa punca umno tewas..sepatutnya calon bolih menang diketengahkan tapi sebaliknya berlaku dimana kroni mereka berdua yg dicalonkan..carilah pemimpin yg amanah dan komited pada partai dan mesra rakyat..saya yakin umno akan menang dan bercambah diselangor..

nshinah said...

Ramai lagi ahli UMNO yang benar-benar ikhlas dan nekad berjuang untuk mempertahankan Islam, pribumi dan kemananan negara dari ancaman SUBVERSIF pembangkang dan NGO.

Ahli ahli UMNO ini lah yang tidak akan berputus-asa dalam berjuang kerana Allah Taala, dan tidak kerana jawatan, pangkat atau projek.

Allah Maha Mengetahui, Maha Berkuasa; dan kepada DIA lah kita menaruh harapan dan doa.