Wednesday, July 31, 2013

BUKTI BEKAS TAHANAN EO YANG BUAT ONAR SELAMA INI!!!


KUALA LUMPUR: Seorang bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) yang mempunyai 20 rekod jenayah, mati ditembak dalam sekatan jalan raya oleh polis di Kepong di sini awal pagi Selasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata lelaki berusia 35 tahun yang memandu kereta jenis Toyota Vios itu ditahan dalam sekatan jalan raya pada 2.15 pagi dan diminta menunjukkan dokumen pengenalan diri.

"Suspek yang berasal dari Kedah itu tiba-tiba melepaskan tiga das tembakan ke arah anggota polis, namun sasarannya terlepas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di sini.

Beliau berkata lelaki itu kemudian keluar dari kereta untuk melarikan diri menyebabkan polis melepaskan tiga das tembakan ke arahnya.

"Suspek cedera di kaki kiri, perut dan bahu dan dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan. Dia meninggal dunia di hospital pada 2.30 petang ini," katanya.

Polis turut merampas sepucuk pistol MK semi-auto, enam topeng muka dan sebatang besi dipercayai digunakan untuk aktiviti samun, yang ditemui dalam kereta itu.

"Kereta Toyota Vios itu dilapor hilang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang," katanya. BERNAMA

7 comments:

Anonymous said...

aku hanya ingin mengucapkan tahniah kepada ah jib gol ...
berkat usahanya menghapuskan ISA dan Ordinan Darurat ... jenayah bunuh melalui senjatapi kini meningkat ...
maka aku harap dia hapuskan Akta Hasutan ...
mungkin bertambah banyak manfaat yang akan dinikmati oleh rakyat ...

Anonymous said...

mana pegi puak puak yg melalak lalak minta ISA dan OD di hapuskan dulu????
sampai najib terpaksa ikut cakap korang semua....

senyap sunyi seribu bahasa.....

Anonymous said...

mana ong mana ong.. mana nazri mana nazri.. mana semua punahsihat.. mana kj..

Anonymous said...

Betul tu mana perginya pengkhianat tu semua???

nasirwise said...

SETIAP KETUA POLIS NEGARA MENGHADAPI CABARANNYA TERSENDIRI…

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sedang berhadapan dengan masalah kekerapan berlakunya insiden `tembak mati’ dalam sebulan dua ini. Terbaru, pengasas Arab Malaysian Bank, Hussein Ahmad, keturunan Iran, di tembak mati di Kuala Lumpur. Isteri beliau terselamat tetapi cedera parah.

Tanggongjawab besar KPN ialah menyelesaikan kes tembak mati tersebut dan melakukan usaha usaha pencegahan. Nampaknya pistol dan senjata api senang diperolehi dan `penembak’ bersedia melakukan pembunuhan mungkin kerana upahnya tinggi. Kebanyakan senjata api dan majoriti`penembak’ datang dari negara jiran.Mungkin juga kawalan keselamatan di Malaysia agak `rilek’ kerana selama ini negara ini aman.Penulis amat bimbang dengan keselamatan pimpinan negara dan berharap kawalan yang lebih ketat diberikan kepada mereka.

Pintu masuk ke Malaysia (darat, laut juga udara) perlu diperketatkan. Peralatan canggih atau mesin imbasan tinggi untuk mengesan senjata api perlu dipertingkatkan dan diperbanyakkan di pelbagai agensi seperti PDRM, KASTAM, IMIGRESEN, MARIN, DCA, MABH, PUSAT KURIER dan KARGO dan lain lain agensi penguatkuasaan.Banyakkan lapisan pemeriksaan untuk mengelakkan kesilapan dan penyelewengan (contoh selepas KASTAM membuat imbasan, jabtan lain membuat imbasan kedua di sudut lain). Undang undang senjata api perlu pengkuatkuasaan. Jika Akta tidak sesuai, gubal Akta baru yang lebih efektif.

Sementara itu di dalam siding media di Putrajaya Selasa lepas, PM telah melahirkan kebimbangan mengenai kejadian tembak menembak muthahir ini. Kerajaan bersedia memberikan kerjasama untuk mengubal atau memperbaiki akta untuk mencegah dan mengurangkan kejadian seumpama. Beliau harap ia boleh dibentangkan di Parlimen secepat mungkin .

Menteri Dalam Negeri, DS Dr Zahid Hamidi berkata salah satu sebab kadar jenayah berat meningkat ialah kerana pemansuhan Ordinan Dahrurat atau Emergency Ordinance. Penyelidikan mendapati jenayah dilakukan oleh bekas tahanan OE.

Persoalannya siapa yang memansuhkannya?Mengapa beliau memansuhkannya?Siapa atau kumpulan mana yang mendesak agar Akta Emergency Ordinance dimansuhkan?Sebab itu, sesuatu pengubalan dan pemansuhan Akta perlu dibuat dan penuh ketelitian dan kajian mendalam.

Jika PM yang bertanggongjawab memansuhkan Akta tersebut, beliau mungkin dinasihati oleh para Penasihat Keselamatan dan Penasihat Politik dan tentu sekali melibatkan PDRM dan Peguam Negara. Adakah para penasihatnya lebih berkuasa daripada PDRM dan Peguam Negara yang `overrule’ pendapat PDRM dan Peguam Negara?Penulis percaya PDRM dan Peguam Negara inginkan Akta tersebut malah diperkasakan lagi.

Ramai yang mengeloh termasuk Tun Dr Mahathir, kerana sesuatu Akta dimansuh kerana desakan pembangkang. Kerana ingin menjadi popular atau apa jua sebabnya, sesuatu Akta tadi dimansuhkan. Desakan yang selalu di mainkan ialah hak asasi manusia dan penyalahgunaan kuasa oleh PDRM.Malaysia cuba menjadi sebuah negara yang terbaik di dalam perihal hak asasi manusia. Akibatnya negara di dalam kebimbangan.

Tugasan KPN Tan Sri Khalid juga baru reda dengan ancaman perhimpuan haram anjuran Pakatan Pembangkang.Sekarang PDRM sibok menyediakan laporan siasatan untuk diserahkan ke Pejabat Peguam Negara.Ada juga kes yang sudah didakwa.

Sebelum Tan Sri Khalid, YBhg Tan Sri Omar Ismail berhadapan dengan ancaman pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu selama hampir 2 bulan. Pencerobohan sudah berakhir dan pendakwaan sedang berjalan.Pencerobohan pengganas Sulu ini melibatkan 10 kematian di pihak Malaysia dan hampir kesemua pengganas Sulu dan tali barut pengganas Sulu.Mantan KPN Tan Sri Ismail bergelombangan dengan kemarahan dan kesedihan rakyat serta bahaya ancaman pengganas.Tan Sri Ismail mendapat pengalaman mengendalikan sebuah peperangan.Beliau belajar berkerjasama dengan Tan Sri Zulkifli yang juga Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Semasa PRU13 yang lalu, siapa KPN yang bertanggongjawab?Pengalaman nya tentulah berbeza.

Anonymous said...

Najib sudah buka pintu pagar dan buang semua pagar rumah yg telah d pasang, kini sesiapa nboleh masuk ke dlm rumah kita, salahkan Najib Ah Gib Gor mudah dengar desakan utk lemahkan kerjaan dgn melemahkan. Polis, Najib x belajar dari PakLah kah yg menghancurkan imej polis akhirnya kerajaan BN kian lemah, Najib Bukan pemimpin dia ni d pimpin, kira mcam OKU..kepana dia amat takut dgn Nuar Brahim, Dia Pm atau Nuar PM, takut mesti bersebab. Rakyat kian bosan, benci Meluat..slogan 1 malaysia x ada siapa nak ucapkan, slogan IM4U hanya Najib syok sendiri, ingat jgn syok org puji yg keji berjuta juta dari yg memuji yg hanya kaki bodek nak kuasa d GLC wpun negeri Kalah PRU 13..

Anonymous said...

Yang Najib pergi ikut apa pasal? Otak letak di punggung ke?
Bila terjadi hal buruk begini, punahsihat cuci tangan, Ah Jib Ghor juga ' bengkok! '