Wednesday, July 17, 2013

Krisis Lahad Datu- Koperal Hassan Ali Basari Diarah Membela Diri


Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Rabu memerintahkan seorang anggota polis, yang didakwa menyembunyikan maklumat mengenai aktiviti penganas di Sabah, membela diri.

Ketika menyampaikan keputusannya, Hakim P Ravinthran berkata pihak pendakwaan, diketuai oleh Datuk Nordin Hassan, telah menghasilkan kes prima facie terhadap Korporal Detektif Hassan Ali Basari selepas mereka mengemukakan 18 saksi dalam perbicaraan empat hari bermula 24 Jun.

Hakim menetapkan 24, 25 dan 26 Julai bagi pendengaran, dengan sekurang-kurangnya empat saksi dan tertuduh.

Menurut hakim, beliau puas hati dengan bukti komunikasi yang dipintas pada nombor telefon Hassan, yang dilakukan secara sah.

Beliau juga berkata pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu oleh apa yang dipanggil Tentera Diraja Sulu dari Filipina Selatan berlaku dan tertuduh gagal mendedahkan maklumat relevan ketika beliau berpeluang untuk berbuat demikian.

Hassan diwakili Kamarudin Mohamad Chinki dan Ram Singh

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.