Tuesday, July 23, 2013

MAJORITI 1600!!! KUALA BESUT TETAP KEKAL MILIK BN ESOK!!!



GENERASI muda adalah antara kelompok yang menjadi sasaran parti-parti bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Kuala Besut di Terengganu sekarang.

Masing-masing cuba menonjolkan diri sebagai pembela anak muda walaupun dari segi fizikalnya, calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (Abe Ku) adalah jauh lebih dekat dengan orang muda berbanding calon PAS, Endut@Azlan Yusof (Che Long).

Abe Ku baru 37 tahun, berbanding dengan Che Long, 48 tahun.

Walaupun begitu, Abe Ku belum boleh berasa selesa kerana Che Long ini kaya, banyak duit, dia nak jadikan dirinya 'muda' macam mana pun agar diterima anak muda, memang lebih dari mampu.

Paling tidak, tabur sajala duit yang berkoyan-koyan tu. Malah sehari sebelum proses pengundian pun, Che Long ini dikatakan telah menawarkan minyak motor percuma kepada anak muda berusia 21 tahun ke atas dalam kawasan Kuala Besut ini. Rasuah ke apa, pedulilah, janji boleh dapat undi.

Tapi yang anak muda Kuala Besut perlu ingat ialah, dengan mengundi Abe Ku, Kuala Besut bakal berubah wajah, hasil dari projek mendalamkan muara Kuala Besut yang boleh mendatangkan peluang pekerjaan yang banyak kepada mereka. Ini penting kerana pekerjaan adalah antara pemangkin kepada perkembangan ekonomi kawasan itu.

Disamping dapat mengurangkan masalah sosial yang diakibatkan oleh pengangguran.

Kalau ayat di atas itu nampak terlalu formal, maka fikirkan sajalah bagaimana peluang pekerjaan yang banyak itu nanti akan membolehkan anak muda Kuala Besut kekal dimana mereka berada sekarang, tidak perlu bersusah payah meninggalkan kampung, silap-silap, kahwin pun dengan orang dekat-dekat sini saja.

Bukankah itu mudah?

Sedangkan Che Long, walaupun dia usahawan kaya dan berjaya tapi semua perniagaannya seperti balak dan projek perumahan berada di Kelantan - lebih sejam perjalanan dari Kuala Besut. Kalau dia boleh memberi peluang pekerjaan kepada anak muda Kuala Besut pun, berapa banyak sangat?

Penulis tak yakin semua merasa.

Lagipun perniagaan Che Long ini adalah bermodalkan hubungan baik dengan pemimpin PAS Kelantan. Kalau kerajaan PAS ditumbangkan pada masa depan, perniagaan itu pun akan terancam.

Justeru, tidak syak lagi BN adalah parti yang patut menjadi pilihan anak muda Kuala Besut sebab BN menawarkan penyelesaian jangka panjang. Fikirkan masa depan yang lebih gemilang, bukan setakat pemberian bermusim dan ada niat lain di belakang.

Lagipun dengan memilih BN, bukan setakat Kuala Besut tambah membangun, kerajaan Terengganu juga berada dalam keadaan yang lebih stabil. Kestabilan ini penting kalau nak maju.

Petikan SGB

No comments: