Monday, July 8, 2013

PERTAHANKAN AKTA HASUTAN ATAU MANSUHKAN???



KUALA LUMPUR 8 Julai – Semua pihak seharusnya mempertahankan Akta Hasutan 1948 agar tiada sebarang gangguan ketenteraman awam yang terus timbul, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata, seandainya akta itu dimansuhkan atau ditukar, pasti akan ada pihak yang cuba ’mengusik’ beberapa lagi perkara sensitif melibatkan keistimewaan kaum Melayu umpamanya.

“Pemansuhan akta itu hanya akan menerima nasib yang sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malah banyak kes berhubung keselamatan tidak dapat diambil tindakan berikutan ketiadaan ISA.

“Disebabkan itu, pada saya Akta Hasutan tidak perlu dihapuskan kerana ia sebagai jalan untuk membawa pesalah (berkaitan hasutan) ini dibawa ke muka pengadilan,” katanya ketika ditemui pemberita di Bangunan Parlimen hari ini.

Shahidan yang juga anggota Parlimen Arau turut menyokong penuh kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi agar Akta Hasutan 1948 tidak dimansuhkan supaya setiap rakyat sedar keseriusan kerajaan untuk menjaga keharmonian negara.

Semalam, Ahmad Zahid menegaskan bahawa Akta Hasutan 1948 harus dikekalkan berikutan terdapat sesetengah pihak mendesak supaya akta itu dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

Katanya, pemansuhan akta itu hanya akan menyebabkan empat perkara utama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu akan disentuh sesetengah pihak.

Anggota Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd. Johari Baharom pula berkata, keperluan mengekalkan akta itu dilihat tidak mempunyai unsur politik namun ia demi menjaga kelestarian semua kaum di negara ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, rakyat seharusnya sedar penubuhan akta itu sebenarnya banyak membantu kerajaan menjaga ketenteraman awam malah ia mampu menyekat keadaan tidak diingini menjadi lebih buruk.

“Mengekalkan akta itu ialah sebagai satu mekanisme yang lebih kepada menjaga keselamatan awam. Ini kerana ada perkara yang memerlukan siasatan yang terperinci dan ia banyak membantu pihak berkuasa menyiasat.

“Pada saya, semua pihak sepatutnya menerima keadaan ini dan perlu memikirkan secara lebih mendalam tentang kepentingan mengekalkan akta tersebut demi masa depan negara,” katanya.

Anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, keperluan mengekalkan akta itu kini dilihat amat penting agar keselamatan dan kestabilan negara terus terpelihara.

“Biarpun akta ini sudah lama, namun pada saya ia masih relevan kerana apa yang kita lihat kini, ia banyak membantu membendung anasirluar yang cuba memecah-belahkan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, semua pihak terutama ahli politik tidak perlu risau atau takut kerana ia sudah digunakan sekian lama dan kewujudan akta itu hanya untuk mencegah sebarang kenyataan yang boleh mengganggu perpaduan rakyat. -

3 comments:

Anonymous said...

sokong... pertahankan akta hasutan.. jgn jadi mcm ISA..huru hara negara.. jenayah makin byk.. kenapa pulak tak kena org yg mintak ISA dimansuhkan.. kalau kena baru padan muka..

Sokong zahid.. turunkan nazri wallahweeh.. nampak sgt blog dap pakatan... ni yg dikatakan cucuk jarum dan jolok yg dah dirancang dap bertahun tahun..

cucuk dr luar buat propaganda dlm dunia maya mcm berjuta cina.. tapi rba melakunkan watak org berlainan padahal hanya satu org saja.. plan terancang cina dap mca gerakan.. terkecoh lah najib dan jajarannya..

jolok pulak dr dlm melalui punahsihat dan jajaran yg pro dap pakatan.. konon cina maunya begini begitu... ketakutan la najib dpt info dr war room punahsihat.. ikut telunjuk idea mca.. punahsihat.. semua cina mintak dpt.. ini dah terancang lama dan berjln semenjak zaman pak lah..

org melayu umno bawah bagi nasihat tak mau dgr... ikut kata pihak lawan.. beri muka kat org yg tak undi awak... berapa kali nak dikencing bebbb

Anonymous said...

Mengucap Panjang ... Astaghfirulahhhhh

Terbaca saya dalam paper Sinar Harian keluaran hari ini 9.7.2013. Melaporkan kenyataan daripada Menteri Kesihatan Datok S. Subramanian bahawa cadangan mahu hapuskan Akta Hasutan sebenarnya datang daripada Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan bukannya daripada Mohd Nazri bin Abdul Aziz.

Sekarang baru kita semua tahu bahawa Najib dengan Nazri bermain wayang, macam MCA dan Gerakan main wayang dengan DAP. Saya dan kita2 semua tertipu lagi. Masih tak cukup lagi kah Najib nak jaga hati pembangkang khasnya DAP yang tak sudah2 menyerang segala macam benda undang2 yang digubal untuk menjaga Melayu, Raja Melayu, Bahasa Melayu dan Agama Islam. Tak puas lagi kah Najib .. ISA dah kau lenyapkan.

Bukan pelik satu hari nanti Najib bangun mencadangkan kepada parlimen supaya beberapa fasal dalam Perlembagaan Persekutuan di pinda selari dengan tuntutan bukan melayu. Memang tak pelik saudara2, kerana itu adalah Mohd Najib anak kepada bekas PM Malaysia yang pernah disanjung oleh orang melayu satu ketika dulu.

Terus terang saya mengaku, saya menyesal mengundi Umno pada PRU13. Andai kata Pas tidak bersama DAP masa PRU13 itu hari, kebencian saya kepada Pas akan terpadam seperti Api Dijirus Air.

Saya mengundi Umno pada PRU13 bukan kerana Najib tapi kerana saya nampak hanya Umno sahaja yang dapat menyelamatkan nasib melayu dan islam di negara ini. Dan sampai saat ini pun saya masih mahu Umno untuk menjaga melayu dan islam, saya menaruh harapan kepada Najib, tetapi saya percaya ada orang lain dalam Umno yang mampu menggalas harapan saya dan orang melayu/bumiputra.

Memang pada awalnya kita tak mahu ada perlawanan untuk jawatan Ketua2 Umno, kita takut Umno lemah. Tetapi rentak tari Najib selepas diangkat oleh orang melayu/bumiputra sendiri menjadi PM, perlu di analisa dan di nilai oleh para perwakilan Umno dalam PAU 2013.

Kita bukan ahli Umno, tapi kita mahu Umno di pimpin oleh orang yang berani dan boleh menjaga Melayu/Bumiputra dan Islam. Najib bolehhhh kahhhhhh ??????

Hj Ariffin

Anonymous said...

ISA .. hancur dalam tangan Najib. Sekarang Najib nak cuba hancurkan Akta Hasutan pula. Lepas Akta Hasutan hancur mungkin Perlembagaan Persekutuan pulak nak di pinda.

Kalau perwakilan Umno pada PAU 2013 masih sayangkan Melayu, Raja Melayu, Bahasa Melayu dan Agama Islam. UMNO Perlu DI UBAH. Jangan Simpan NAJIB dan NAZRI.

MUHIYIDIN dan ZAHID HAMIDI merupakan GANDINGAN UNTUK MASA DEPAN MELAYU.

Sokong jika MUHYIDIN jadi PRESIDEN UMNO
Sokong jika ZAHID HAMIDI jadi TIMBALAN PRESIDEN UMNO.

Veteran Umno