Friday, July 5, 2013

PRK BESUT- AGENDA PERPADUAN DALAM BULAN RAMADHAN



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai sementara penamaan calon pada 12 Julai.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hari pengundian awal ditetapkan pada 20 Julai ini.

"Permohonan undi pos boleh dibuat bermula hari ini dan tarikh tutup adalah pada hari penamaan calon," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Ibu Pejabat SPR di sini Jumaat.

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar 26 Jun lalu.

Pada PRU-13, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut untuk BN dengan mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar.

Ditanya mengapa tarikh pengundian dan penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Besut diadakan pada bulan Ramadan, Abdul Aziz berkata ini bukan kali pertama SPR mengadakannya ketika umat Islam berpuasa.

"Bukan satu perkara luar biasa... Lagi lama kita tangguhkan PRK ini tempoh kempen akan lebih panjang," katanya.

Antara PRK yang diadakan pada bulan Ramadan ialah DUN Lunas pada 2000, selain PRK DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos 2009 dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 1994.

Maklumat penting mengenai PRK DUN Kuala Besut:

Tarikh keluar writ: 5 Julai 2013

Tarikh notis pilihan raya: 6 Julai 2013

Tarikh penamaan calon: 12 Julai 2013

Tarikh undi awal: 20 Julai 2013

Tarikh pengundian biasa: 24 Julai 2013

Pegawai Pengurus Pilihan Raya: A.Rahim Jusoh (Pegawai Daerah Besut)

Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya:

1) W. Ismail Sahaimi W. Omar (Ketua Penolong Pentadbir Tanah Pejabat Daerah dan Tanah Besut)

2) Ahmad Azizi Zulkifli (Ketua Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daeah dan Tanah Besut.

3) Mohd Huzir Mohamed (Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Besut)

Ketua Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya: Saidi Salleh@Sulong (Setiausaha Majlis Daerah Besut).

No comments: