Monday, July 22, 2013

RAHIM NOOR SMASH PEGUAM NEGARA



Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor berkata, elemen tangkapan untuk pencegahan perlu dimasukkan di dalam akta baru yang akan menggantikan Akta Ordinan (EO) 1969 yang telah dimansuhkan tahun lalu.

Beliau berkata, elemen itu perlu dimasukkan memandangkan jenayah keganasan yang berkait rapat dengan gangsterisme semakin meningkat selepas EO dihapuskan.

"Pihak polis hanya dapat melihat sahaja kerana tangan mereka kini diikat. NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia dan pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara tidak memahami hakikat ini kerana bukan mereka yang bergelumang dalam kegiatan mencegah jenayah seperti yang dilakukan pihak polis.

"Apa yang penting, akta baru ini, walau apa pun nama yang diberikan nanti, mesti mengandungi elemen tangkapan untuk pencegahan. Inilah semangat yang termaktub dalam Seksyen 3(3) Akta Polis 1967," katanya dalam wawancara di dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Pada Selasa lalu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata beliau tidak menyokong sebarang pembentukan undang-undang baru yang membenarkan penahanan untuk pencegahan.

Bagaimanapun Pejabat Peguam Negara masih belum menerima apa-apa draf atau cadangan dari Kementerian Dalam Negeri atau mana-mana badan kerajaan berhubung undang-undang untuk menggantikan EO yang membenarkan penahanan untuk pencegahan, katanya.

Sehubungan itu, Abdul Rahim berkata, Peguam Negara mempunyai kuasa yang luas khususnya dari segi pendakwaan dan penggubalan akta.

Bagaimanapun, katanya, dari segi pencegahan dan menjejaki jenayah serta menjaga keamanan negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai peranan yang lebih besar daripada Jabatan Peguam.

"Saya fikir Jabatan Peguam Negara tidak tahu sepenuhnya tentang putar belit atau modus operandi penjenayah khususnya yang membabitkan gangsterisme. Maklumat risikan dikutip, dijejak dan disimpan oleh pihak polis. Mereka mengetahui secara mendalam tentang dunia jenayah," katanya lagi.

4 comments:

Anonymous said...

Betul kata bekas IGP tu. Apa lah yang Gani Patail faham tentang tugas polis. Nak bagi orang Jabatan Peguam Negara Faham senang saja. Bagi peluang kepada penjenayah bedil Gani Fatail sendiri, lepas tu baru lah terhegeh minta polis cari dan tangkap penjenayah yang berjaya menembak Gani Patail.

Dulu segala kepala penyamun di kurung oleh Ordinan Darurat. Sekarang mereka sudah bebas, boleh tembak orang sana sini, boleh parang orang mana suka saja. Ini semua Najib dengan Ghani Patail punya kerja, mungkin satu hari nanti ini 2 orang jadi sasaran penembak upahan. Baru padan muka.

X 505

Anonymous said...

Master mind segala jenayah terancang..bukan boleh di buktikan..aktiviti penyudalan, yg kerap kena tangkap penjaga atau org yg makan gaji dgn taukey..dulu hasil risikan dan percakapan Taukey tu boleh di nyahkan ke simpang tengam, la ni nak bukti apa..yg kena tuduh tu kuli aja, Long,Cetak dvd haram, seludup, buat duit palsu, paspot palsu, IC palsu..la ni bebas, tangkap jamin bebas...tunggu ghani paktahil pencen masu tu kalau kena rompak, kena ikat anak cucu kena liwat..nah Ambik kau..

Anonymous said...

kumpulan kongsi gelap makin berkuasa sekarang ni..bertempur secara terbuka..dah berapa ramai yang mati..peguam negara x baca surat khabar ker?

Anonymous said...

Bertambahnya jenayah dan kegiatan menghina agama Islam di Malaysia akibat tindakan tidak bijaksana dua orang ini. Kalau terkena diri sendiri atau anak isteri sendiri baru padan muka!