Monday, July 15, 2013

SEJAUH MANA TINDAKAN DIAMBIL KEATAS "PELACOR" NIE???



KUALA LUMPUR: Dua individu yang mempersenda Ramadan dijangka hadir ke pejabat penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) esok bagi memberi keterangan.

Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dalam satu kenyataan mengesahkan Alvin Tan dan Vivian Lee telah dipanggil untuk dirakamkan kenyataan dan membantu siasatan.Kedua-dua mereka sebelum ini memuat naik gambar hidangan dan kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook.

Bagi kes berasingan di laman Facebook yang menyiarkan gambar babi panggang dengan cap logo Halal, Mohamed Sharil berkata pemilik akaun itu bukan rakyat Malaysia dan tidak bermastautin di negara ini.

"Kami telah melaporkan perkara ini kepada Facebook dan meminta mereka untuk menyekat laman berkenaan atau memadam akaun tersebut," katanya. Sehubungan itu, Mohamed Sharil menasihatkan orang ramai agar segera melaporkan kepada Facebook jika menjumpai mana-mana paparan yang menghina kesucian Islam.

Beliau juga menasihatkan pengguna laman sosial itu untuk tidak berkongsi paparan atau foto yang menyinggung perasaan.

"Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita menghormati bulan Ramadan dan rakan-rakan kita yang beragama Islam. Kita perlu sentiasa bertanggungjawab ke atas semua tindakan kita di dalam talian serta lebih peka terhadap sensitiviti orang lain terutamanya mengenai isu-isu agama.

"Sila berhenti dan berfikir sejenak sebelum kita berkongsi apa-apa maklumat di dalam talian," katanya.

Dalam pada itu, Alvin dan Vivian telah memuat naik sebuah video memohon maaf atas tindakan mereka itu yang disiarkan di laman Youtube petang ini susulan reaksi negatif pelbagai pihak yang mengecam tindakan mereka.

Dalam video berdurasi 1 minit 22 saat yang berbahasa Melayu beserta sari kata Bahasa Inggeris, Alvin berkata mereka tidak berniat menghina, mempersenda atau memperlekehkan Islam mahupun mencetuskan perbalahan kaum.

"Kami amat menyesali perbuatan kami yang tidak hormat kepada kepercayaan dan sensitiviti agama di Malaysia yang berbilang kaum ini," katanya di dalam videoitu.

- BERNAMA

11 comments:

Anonymous said...

Diharap tindakan tegas perlu diambil jangan mudah dengan memaafkan cina biadap ini

Anonymous said...

Inilah hasil didikan Sekolah Komunis Jenis Cina (SKJC) setaraf geng Adam Adli kerana mengaji universiti tak habis. Semuanya kerana ajaran Anwar Berahim dan Nik Ajiz, kapir harbi dah semakin melampau!

tobeng said...

Macam biasalah setakat ambil keterangan,lepas tu senyap macam tu aje...agama Islam aje kan..

Kalau kena sensitiviti agama lain barulah kena penjara atau denda,contoh usung kepala lembu ke..

tobeng said...

Macam biasalah setakat ambil keterangan,lepas tu senyap macam tu aje...agama Islam aje kan..

Kalau kena sensitiviti agama lain barulah kena penjara atau denda,contoh usung kepala lembu ke..

Anonymous said...

Klu dah kafir tu mcm tu la....elok campak ke laut jer...

Anonymous said...

Panggil datang pejabat. Rakam percakapan. Lepas dengan jaminan. Senyaaaaappppppppp .....

Ptuuiii. Buang masa budak 2 ekor tu datang pejabat saja. Nasihat saya kepada budak 2 ekor tu, korang berdua tak payah layan lah sama ada Polis kah atau SKMM kah ... itu 2 department tak boleh bikin apa2 sama lu apa.

Kah kah kah. Teringat cerita DAP dengan ROS, sampai hari ni diaaaammmm. Lim Guan Eng tetap jadi SU Agong DAP juga, boleh pecat ahli lagi.

Teringat kita kepada pencerobohan Lahad Datu. Dalangnya dah dikenal pasti .. kononnya ada 3 ekor. Mana diaaaaa ? Sian kat waris2 polis yang terkorban yang diburaikan perut dikeluarkan hati dikorekkan biji mata dicincang tubuh badan. Kita nak tengok muka2 dalang tu .. muka hensem kah atau muka penyangak kah.

Hebat sungguh Transformasi Najib ... Polis tak dak telor, SKMM tak ada biji, ROS tak ada taring, Gani 4 Tahil lembek macam bapok. Phuuuuhhh Tranformasi 1Malaysia la katakan.

Aku Reformist

Anonymous said...

BUAT MAAF BUAT MAAF BUAT MAAF
LEPAS TU. B E B A S ..........
BUAT LAGI MAAF LAGI BUATLAGI MAAF LAGI
MALAYSIA TAK ADA UNDANG UNDANGKAH .

NAMPAK GAYABAGENDA PKR SUDAH BERJAYA.
FREEDOM FREEDOM FREEDOM.
PENJENAYAH WAJIB DI PERTAHAN.

Anonymous said...

pemimpin melayu penakut...memang dah agak dah walaupun mereka membuat aksi lucah dan mengeluarkan video2 yg menyakitkan hati org islam tiada tindakan dibuat dan hukuman dijatuhkan...agaknya tak perlu lagi lapuran polis dibuat..buag masa je..binatang pun tau malu

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.