Thursday, July 4, 2013

SHEIKH AL-AZHAR SETUJU MURSI DIGULINGKAN???

Mursi dikawal ketat sambil dibawa keluar dari Istana Presiden

Penglima Angkatan Tentera, Jeneral Abdul Fattah El-Sisi dalam pengumumannya awal pagi ini turut menamakan Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan, Adly Mansour sebagai presiden sementara sehingga pilihan raya baru diadakan,dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi

Menurut Abdul Fatah, Mesir akan ditadbir sebuah kerajaan Teknokrat dengan kuasa penuh sepanjang tempoh peralihan.

Serentak itu, larangan perjalanan dikenakan terhadap Mohamed Morsi dan pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin termasuk ketuanya Mohammed Badie dan timbalannya Khairat El Shater.

Pengumuman yang dibuat secara langsung melalui televisyen disambut dengan sorakan kumpulan anti presiden yang baru berkuasa selama setahun itu.

Mohamed Mursi mula memimpin Mesir selepas Hosni Mubarak digulingkan pada Februari 2011 selepas berkuasa selama 30 tahun.

9 comments:

Anonymous said...

Tamat suda perit jerih perjuangan al imam hassan al bana, ini le bila yahudi menyusuk halus tanpa disedari.

Anonymous said...

Tamat suda perit jerih pjuangan al imam hassan al bana, tiada lagi muslim brotherhood, sungguh cekap yahudi bekerja, kasihan rakyat mesir yang termakan propa yahudi, adakah nasib kita sama?

Anonymous said...

Malaysia OK je.

Pakatan Haram jer suka buat kecoh....

Hari tu punye ler dicontohkan Mesir sebagai simbol kebangkitan rakyat...
Amek kau....!!!

Lepas ni presiden baru pun tergolek gak...

Asal Bukan DAP (ABDAP) said...

nasib org melayu akan sama seperti mereka... sebab melayu mudah diperkudakan seperti mereka... sanggup melihat dirosakkan oleh tangan manusia durjana dari luar... ada otak tapi tak berakal.. sanggup demo konon kerajaan sekarang tak bersih tapi tak sanggup pertahankan akidah umat Islam yang kini semakin tercemar teruk...

sesejuk mata memandang said...

Tidak perlu kita risaukan hal negara lain kerana apa yang berlaku ada baik nya untuk penduduk mereka tetapi dalam pandagan kami, negara negara Islam khusus di dunia arab , kebolehpercayaan terhadap sistem demokrasi bukan lah satu langkah tepat untuk menghidupkan keharmonian serta keamaan dianata kaum dan agama yang sering berbeda pendapat.

Lihat sahaja contoh negara Mesir sendiri, walau pun dalam pemerintahan pemimpin sebelumnya yang bersifat 'ala-tentera' berjaya mengawal rakyat walau pun hidup mereka tidak sehebat negara jiran arab yang lain sebaik sahaja pro amerika bertindak dengan laungan hak asasi manusia maka ini lah terjadi kepada mesir.

jadi ada baiknya tentera yang baru sahaja mengambil alioh pentadbiran negara terus mentadbir kerana cara pentadbiran tentera sahaja boleh mengamankan negara ini dan mengelakkan perpecahan dan pertumphan darah dalam serangan 'perang saudara sebangsa' yang berlainan fahaman plotik budaya dan pegangan agama.

Tahniah kepada pihak tentera mesir

Anonymous said...

Memang ternampak jelas tangan tangan ghaib yang terlibat bagi menjatuhkan Kerajaan Ikhwanul Muslimin ini....di Malaysia ini juga sudah ternampak tanda tandanya...

Anonymous said...

ikut lah perangai anwar brahim. maka akan samelah nasib malaysia

Anonymous said...

maka bertepuk sorak gempita lah puak2 yg gembira dgn kejatuhan presiden mursi tanpa mereka sedari bahawa agenda yahudi telah berjaya dalam agenda memporak perandakan negara islam!

anton yudi said...

Memang sulit untuk menegakkan syariat islam itu banyak tantanganya, Presiden Mursi yang terang-terangan ingin menegakkan syariat Islam telah digulingkan, sungguh sayang saudaraku Mursi perjuanganmu untuk menegakkan syariat Islam tidak tercapai karena kebodohan dari rakyatmu yang tidak mengerti dan susupi oleh musuh-musuh islam.