Monday, July 15, 2013

SURAT TERBUKA UNTUK RAJA-RAJA MELAYU, PEMIMPIN MELAYU DAN PEMEGANG AMANAH ( LEMBAGA ZAKAT/BAITULMAL) SETARAF BIAWAK HIDUP !



maafkan saya jika artikel ini agak keras.
bukan berniat untuk berkurang ajar dengan kesemua sultan.
serius, saya hanya menyampaikan luah hati teramat kecewa.


kecewa kerana dilihat tiada kepedulian secara serius oleh pihak yang bertangungjawap.


saya akui sultan sultan punyai banyak sumbangan terhadap pembangunan insaniah kepada bangsa melayu. namun dalam keadaan itu , pada saat ini permaslahan umat adalah berada dalam tahap membimbangkan.


dalam masa seminggu ini terdapat 2 peristiwa yang boleh meruntuhkan hati melayu yang ada perasaan melayu.


peristiwa ini adalah kesinambungan pelbagai lagi peristiwa yang pernah membabitkan melayu.


insiden pertama, sebuah keluarga berbangsa melayu di pahang terpaksa tido dan bermalam selama sebulan di kawasan yang layak didiami oleh tikus dan lipas .


puncanya kerana tidak mampu membayar sewa rumah.



insiden ke 2 yang disiarkan oleh harian metro semalam adalah berita yang layak dikategorikan dengan gelaran KEHANCORAN !


beberapa keluarga terpaksa tinggal di bawah jambatan, kebanyakannya berbangsa melayu !


yang paling sadis, ada keluarga bawah jambatan ini isterinya sedang mengandungkan anak yang bakal lahir pada bulan ramadhan ini !



APA SUDAH JADI DENGAN BANGSA MELAYU ?
YA ALLAH, BEGINIKAH KEADAAN SOSIAL MASYARAKAT DAIF MELAYU ?

mengikut laporan harian metro..

Lebih menyedihkan, satu daripada pasangan itu tinggal bersama bayi perempuan berusia empat bulan, manakala satu lagi menanti kelahiran anak sulung mereka dijangka pertengahan Ramadan ini.

Kedua-dua pasangan terbabit mendakwa bernikah di selatan Thailand tetapi menghadapi kesukaran mendaftarkan perkahwinan di negara ini.

Bagaimanapun, ketika wartawan Metro Ahad meminta mereka menunjukkan dokumen pernikahan, kedua-dua pasangan gagal berbuat demikian.

Hanya beralaskan tilam, kain rentang buruk dan kotak lusuh, pasangan terbabit yang berpendidikan rendah dan tiada pekerjaan tetap rela hidup di situ walaupun terpaksa mengemis simpati masyarakat untuk sesuap makanan.


malaysia kah ini atau jakarta kah ini ?


umar al khatab r.a khalifah ke 2 dan sahabat ra yang dijamin sorga pernah menyamar di malam hari untuk meninjau hakikat perkabaran rakyatnya.


rasulullah saw, abu bakar as sidiq r.a dan umar abdul aziz juga pernah melakukan tinjauan yang sama dalam memahami permaslahan rakyat.


saya tidak peduli masalah insiden ke 2 yang pasangan itu sebenanrnya tak mendapat restu perkahwinan keluarga, saya fokus tentang ANAK YANG DIKANDUNGNYA..


saya tak mampu nak cakap apa ?
apa yang tuan tuan fikirkan ini ?
apa yang tuan tuan kejarkan ini ?


para sultan melayu, tolonglah UBAH sistem penyampaian bantuan umat islam kepada mereka yang kedaifan. tuanku semua punyai kuasa ke atas sistem zakat dan baitulmal negeri.


percayalah, saat ini kedua pusat bantuan umat islam tersebut layak diletakkan dalam ketegori GAGAL MUTLAK DAN LAYAK DIROMBAK SELURUH SISTEMNYA !!


kualiti kerja mereka adalah setaraf tong sampah, tiada efisen dan bidalan biawak hidup sesuai diadaptasikan dengan cara kerja mereka.


wartawan yang dedahkan isu ini sebenarnya lebih efektif dan mulia kerjanya jika dibandingkan dengan pengarah dan pegawai zakat/baitulmal yang ada dalam malaysia..


apakah tugas para biawak hidup ini hanya menunggu kepada laporan akhbar, lantas dengan segera menyelesaikan masalah ?


insiden pertama yang membabitkan keluarga di pahang itu sudah berlaku selama sebulan..


adakah skop kerja para biawak hidup ini menunggu cerita akhbar dan baru terhegeh hegeh datang dan bertanya kabar ?


apa guna pusat zakat ada beratus juta dalam akaun, sekiranya ada melayu merempat duduk bawah jambatan masih terus kedapatan dalam masyarakat kita.


pemimpin melayu, berhentilah menjadi hamba politik yang tak meyelesai dan membantu umat..apa nak jadi lah korang ni ?



wei manusia, wahai pemimpin apakah korang dah ditarik nikmat hinggakan ada bangsa melayu begini paria pun hati kamu sudah tak terdetik rasa kasihan ?


lembaga zakat dan baitulmal, sungguh lah aku sumpah korang layak diberi gelaran biawak hidup. makanlah kamu dengan gaji buta.


amanah tugas dan jawatan kamu tak jaga dengan baik.


MOGA ALLAH SWT BALAS LAH 'KEBAIKAN DAN KEPEKAAN' KAMU INI.


kepada tuanku sultan, maafkan saya dengan artikel keras ini. saya hanya menyampaikan luahan perasaan melayu kasta setaraf saya.


saya akui tuanku banyak membantu umat, tapi kehendak saya tolonglah segera rombak sistem penyampaian bantuan dan efisensi pegawai yang disebutkan.


saidina abu bakar r.a khalifah pertama umat islam pernah mintak ditegur sekiranya dia berbuat silap.

maafkan saya tuanku sultan kiranya artikel ini keras.

PETIKAN DARI GAP

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.