Friday, August 23, 2013

Anwar Boleh Bebas, Kenapa Azilah & Sirul Tak Boleh?

PENULIS menjangka pembangkang akan kembali ‘bernyawa’ selepas ini, setelah Mahkamah Rayuan sebentar tadi membuat keputusan untuk membebaskan 2 bekas anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Omar dari dakwaan membunuh Altantunya Shaariibu.

Sejak PRU13 yang lepas, pembangkang seakan mati kutu, cuba nak buat havoc dengan siri kempen Blackout 505, gagal mendapat sambutan sebesar yang mereka jangkakan.

Dengan keputusan terbaru Mahkamah ini, penulis hampir pasti pembangkang akan ada modal semula untuk memulakan siri ceramah setiap malam, mempersoalkan keputusan Mahkamah tersebut dan kaitannya dengan Perdana Menteri.

Kononnya ada konspirasilah, ada arahanlah, itulah, inilah dan sebagainya.  Menipu macam ini memang kepakaran pembangkang, kalau rayuan ditolak tadi pun, pembangkang masih ada alasan jugak untuk mempolitikkan perkara tersebut, jadi janganlah terkejut.

Kebetulan ada pulak bodoh-bodoh dibawah ni yang bersedia menganguk saja apa yang keluar dari mulut pembangkang, tak kiralah tak masuk akal macam mana pun.

Penulis tidak dapat memastikan alasan sebenar disebalik pembebasan ini kerana belum sempat mendengar penghakiman penuh oleh panel hakim Mahkamah Rayuan, tapi penulis yakin panel hakim Mahkamah Rayuan yang jauh berpengalaman itu mempunyai segala sebab yang baik untuk membuat keputusan tersebut.

Apa pun penulis menyeru agar kita semua (terutama balaci pembangkang) menerima keputusan Mahkamah ini dengan hati terbuka serta tidak mengambil peluang ini untuk menambah koleksi dosa fitnah sedia ada.

Ingat dulu, bila Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat walaupun jelas air mani dia yang dijumpai dalam dubor Saiful Bukhari, kenapa balaci bersorak-sorak menerima keputusan tersebut?

Berbanding dengan pendakwaan terhadap Azilah dan Sirul ini yang lebih bersifat circumstancial evidence (bukti berdasarkan keadaan) semata-mata kerana tidak ada senjata pembunuhan ditemui, motif dan sebagainya, kes Anwar kalau nak diikutkan jauh lebih kukuh tapi dia masih bebas jugak, kenapa tidak ada sesiapa nak persoal?

Dan cubaan terbaru dia untuk melengahkan-lengahkan rayuan tersebut juga adalah bukti kepada keyakinan kita semua bahawa Mahkamah Tinggi dulu memang terkhilaf apabila membebaskan Anwar, dan Anwar tahu tu.  Sebab tu dia cari jalan macam mana pun untuk lengahkan kes.

Lagipun, sudah terbukti kes pembunuhan Altantunya ini tidak ada kaitan dengan Najib kerana isu utama yang cuba dikaitkan pembangkang antara Najib dengan Altantunya iaitu ’skandal’ pembelian Scorpene- yang mana telah dibuktikan tidak berasas sama sekali kerana Najib tidak pernah mengenali Altantunya.

Altantunya hanya mempunyai kaitan dengan Razak Baginda, itu pun mula berjumpa pada 2004 sedangkan perjanjian jual beli Scorpene telah selesai pada 2002 lagi!!

Walaupun begitu, penulis rasa Anwar Ibrahim tidak akan berdiam diri, dia pasti ada akal lain macam mana nak ’hidup’kan semula isu ini dan dalam masa yang sama melengahkan proses rayuan terhadap kes liwatnya.  Dulu Kapal masuk hospital, lepas ni tak tahulah siapa lagi nak masuk hospital.

Tungguuuuuu….

6 comments:

Anonymous said...

dah lali dah dengan anak2 anjing peliharaan Anwar tu....orang pertama yang akan menyalak dah tentu Tian Chua si bau busuk tu