Wednesday, August 7, 2013

BAHANG PEMILIHAN UMNO-PAKLAH LANCAR BUKU HENTAM TUN MAHATHIR


Dianggap sebagai "Mr Clean", beliau dipilih sebagai pengganti Dr Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, hubungan mereka bertukar sebaliknya. Ini berkaitan isu menantu dan penasihatnya, yang dikenali "budak tingkat empat".

Bimbang legasinya terjejas, Mahathir kemudian memulakan genderang perang dan mula mengkritik kepimpinan Abdullah, yang dilihatnya sebagai pemimpin yang lemah.

Dan selepas kemerosotan teruk dalam pilihan raya umum 2008, yang menyaksikan sokongan pada BN mula retak, Mahathir memutuskan merobek kerjaya politik Abdullah.

Dalam wawancara dengan sebuah buku baru, Awakening, the Abdullah Badawi years in Malaysia, Abdullah melontarkan kenyataan pedih kepada pendahulunya, dengan menggambarkan Mahathir sebagai lelaki yang penuh kontraldiksi.

NONEAntara lain, Abdullah (kiri) berkata, jika beliau mengikuti hasrat Mahathir dengan projek-projeknya seperti landasan berkembar RM14.5 bilion, negara ini mungkin akan muflis.

"Boleh kamu bayangkan jika saya mengalah pada Mahathir dengan terus tekanan berterusan untuk berbelanja ketika defisit sudah amat tinggi, bagaimana Malaysia akan mengharungi krisis kewangan dan minyak yang kemudiannya melanda pada 2008.

"Jika tidak tidak berhemat dan terus berbelanja, saya boleh katakan kita mungkin sudah muflis sekarang," katanya dalam wawancara yang disiarkan dalam buku baru yang dijadual dilancarkan pada bulan ini.

"Saya tidak suka apa yang Mahathir buat. Saya beri peluang kepada Mahathir untuk meluahkan pandangannya. Saya pergi bertemunya tetapi dia memilih menyerang saya dan pentadbiran saya secara terbuka," tambahnya.

Disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin, buku setebal 620 halaman itu diterbitkan oleh Strategic Information dan Research Development Centre (SIRD), Kuala Lumpur.

10 comments:

Anonymous said...

Kita kena lihat sejak bila negara mengalami defisit yg besar,kerana Tun Mahahthir sudah meninggalkan jawatannya sebelum tahun 2004 lagi.

Anonymous said...

BUKALAH PEKUNG MASING-MASING...PK DOK NANTI NAK HENTAM JE TU....

Azman said...

Kalau diA bagus, mesti 2008 x kalah teruk! Sib baik masih majoriti lagik! Bagi aku Pak Lah punca kejadian rasis yg makin menjadi2 sekarang!!! Lembik!!!

Anonymous said...

sepatutunya kalau di teruskan, lama dah landasan keretapi berkembar itu siap. Ini satu projek pun tak ada. yang ada seperti smart tunnel - tak ada yang smartpun.

Anonymous said...

Negara akan muflis konon bila buat Jambatan Bengkok, tapi biasalah Perdana Menteri kuat tidor macam Pak Lah ini mana tahu melihat wawasan dengan jelas, malahan dia sendiri entah ada wawasan entah tidak.

Dalam isu jambatang bengkok, umum mengetahui bahawa tujuan pembinaan jambatan bengkok itu adalah untuk memajukan selatan Johor sebagai pusat perdagangan, untuk memajukan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Pasir Gudang, bila laluan kapal mudah untuk ke Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas, maka banyak syarikat perkapalan akan menggunakan kedua-dua pelabuhan itu sebagai tempat berlabuh dan mengangkut serta memunggah barang. Malahan jika pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pasir Gudang menjadi maju, banyak industri akan wujud, ini akan memberikan banyak peluang kerja dan pelaburan kepada rakyat di negara ini. Bila banyak industri, maka kerajaan akan dapat banyak cukai, itu memufliskan negara jugakah Pak Lah ooiiiii?

Malahan tindakan Pak Lah memansuhkan Gerbang Perdana yang sebenarnya untuk memajukan selatan Johor dalam sektor perniagaan dan perlancongan dan digantikan dengan Iskandar Malaysia yang meliputi seluruh Daerah Johor Bahru dan selatan Pontian, apakah kesannya pula? Lihatlah sekarang ini, orang-orang Melayu makin terpinggir, banyak tanah orang-orang Melayu sudah terlepas kepada tauke-tauke Cina Singapura, pembinaan hartanah mewah yang berharga berjuta-juta ringgit, menyebabkan ramai orang Melayu terpinggir dari kawasan Iskandar Malaysia secara perlahan-lahan, ini yang Pak Lah kata nak memajukan bumiputera dan menyelamatkan Malaysia hinggakan banyak tanah di kawasan Johor Bahru dikuasai oleh Cina Singapura, apa cerita Pak Lah?

Ingin saya membuat pencerahan berkenaan tohmahan liar Pak Lah terhadap Tun Dr. Mahathir ini, sebenarnya Gerbang Perdana dibuat di kawasan Danga Bay dan sedikit kawasan berhampiran dengannya sahaja, tujuannya adalah supaya kawalan pembangunan dapat dikawal dan dapat mengelakkan pemilikan oleh pihak asing. Malahan tujuannya adalah untuk membanyakkan peluang niaga dalam segi perlancongan dan komersil dengan tujuan supaya kawasan itu masih lagi dimiliki oleh warga tempatan.

Tapi lihatlah apa dah jadi dengan Iskandar Malaysia sekarang ini, indah khabar dari rupa sajalah.

Masih ingatkah Pak Lah berhubung penjualan MV Augusta, sebuah syarikat motosikal di Itali kepada sebuah syarikat yang entah dari mana datangnya iaitu GV Spa dengan kos hanyalah RM 4.80 / 1 Euro sahaja sedangkan dalam tempoh 1 tahun GV Spa telah berjaya menjual MV Augusta kepada Harley Davidson pada harga 1 juta kali ganda berbanding kos pembelian.

Bersambung....................

Anonymous said...

Sambungan...................

Malahan dalam isu MV Augusta, tujuannya Tun Dr. Mahathir membeli syarikat berkenaan melalui Proton adalah kerana hendak membuat kereta jenis ringan menggunakan enjin motosikal yang diubah suai. Tetapi akhirnya dimusnahkan oleh Pak Lah, mungkin Pak Lah tidak dapat melihat wawasan Tun Dr. Mahathir, sebab itulah Pak Lah tak tau nak menilainya. Kerana lihatlah syarikat Tata di India telah mengeluarkan model kenderaan kecil dengan harga pasaran tidak sampai RM 10,000.00 seunit, sebenanya impian ini telah dipasang oleh Tun Dr. Mahathir, tapi akhirnya syarikat dari India pula yang berjaya, semuanya kerana kegagalan Pak Lah untuk melihat wawasan Tun Dr. Mahathir yang berpandangan jauh itu.

Pak Lah sibuk nak menghentam Tun Dr. Mahathir tanpa melihat kegagalan diri Pak Lah sendiri yang mengkucar kacirkan negara ini dengan polisi tongong beliau sebelum ini.

Pak Lah ibarat sedang berada dalam gua di tengah hutan belantara yang tebal di sebuah pulau yang sangat terpencil di tengah lautan yang tak tahu perkembangan semasa.

Tak payahlah Pak Lah nak berlawan lagi dengan Tun Dr. Mahathir kerana Tun Dr. Mahathir bertindak dengan rasional untuk kepentingan negara, tapi Pak Lah pula bertindak untuk menjadikan dirinya hero, tapi menyebabkan kerosakkan kepada orang ramai yang lain. Jadi sedarlah diri.

Walau apa pun, ahli-ahli UMNO sekalian, ingatlah bahawa pembaharuan perlu dalam UMNO untuk menyelamatkan UMNO dan Barisan Nasional dari terbongkang dalam PRU 14 kelak. Oleh itu, Najib, Khairy, Hishammuddin dan Nazri Aziz perlu ditumbangkan untuk mengelakkan kerosakkan yang lebih besar kepada parti nanti. Bertindaklah segera untuk kepentingan agama, bangsa dan tanah air.

Sekian, terima kasih.

Encik Mohamad.
Nasionalis Melayu

Anonymous said...

keluar buku utk selamat karier menantu dan punahsihat yg menjahanam bangsa melayu.. sah menantunya dah lemas nak bertanding dlm pau.. dah merosot sokongan.. dulupun katanya ada bayaran.. ni susahlah sikit terlampau ramai mcm mana nak bayar.. kena pukak alam maya dah main peranan besar.. tak mudah dan tak boleh perbodoh org melayu bawah lagi..

mungkin ini satu cara nak selamat karier menantu dan nak burukkan satu pihak yg bertanding.. betul betul akan menjadi nuor kedua..

lihat kata pemimpin atasan.. sesiapa boleh bertanding tapi jgn cuba pecah belahkan
melayu.. apa makna kata ini??? makna terselindung??? seolah nak bagi tau jika ada pertandingan akan ada perpecahan.. nak menakutkan melayu bawah.. jadi jgn ada pertandingan calon pilihlah aje yg lama.. teruskan aje yg lama..

melayu bawah hanya duduk diam.. biar dia org kaut semua... bebas buat apa sahaja.. cukup perbodohkan melayu bawah dgn main kata kata.. yg memecah belahkan bangsa adalah org atas bukan org bawah.. org bawah tetap setia dgn umno..

apa ketua umno laku kan utk bangsa melayu bumiputera ketika bangsa ini dihina dicaci di maki oleh kafir.. pemuda umno diam.. yg nakkan melayu dan beri kekuatan melayu bumiputera dtg dr bawah bukan dr atas.. yg atas sibuk mempertahankan kerusi kekuasaan.. apa yg berlaku sebelum dan selepas pru tdk lagi boleh menutup mata melayu bawah..

pemuda umno dah hilang taring.. tak perlu nak kaitkan Tun atau nak bawak Tun utk selamatkan menantu anda... lihat dan renung apa yg dah anda laku dizaman pemerintahan anda.. bermula diera andalah cina diberi sebanyak banyak lemak...

lihatlah sifat pemimpin kita kini.. kerana ada pau kerana nak berkuasa takut jatuh dlm pau..semua tunjuk lebih melayu dr melayu lain.. semua tunjuk pembela bangsa melayu... dan semua yg hitam nak dicampak ke muka org lain.. dasarrrrr???

masa dia di atas dia buat apa??? muka cina aje yg nampak??? bangsa cina aje yg dilebih??? asyik menunduk mengikut kehendak cina???

jika pembela melayu.. mengapalah regina penyokong tegar kuat dap diambil jadi org penting kj??? dah lah sebelum ni dah buat org melayu geram marah atas dasar yg dilakukan di zaman pak lah..

najib juga tdk belajar dr semua ini.. sekarang mkn diri.. saya sokong pemimpin yg mengkhianat kpd bangsa melayu diturunkan.. dah byk nama disebut dlm blogger.. saya sokong

org bawah tdk memecah belah bangsa melayu.. pertandingan tdk memecah belah bangsa melayu... kita mau pemimpin terbaik membela hak bangsa melayu.. bukan menghancur bangsa melayu...

Anonymous said...

Paklah buka empangan kebebasan kepada puak anti islam dan melayu, beri muak dgn NGO Pro pembankang, Beri Muka pada Suaram, Bebaskan Nuar Brahim, Oooi dollah Tun M bukan Bodoh mcm kau, Mana ada Negar nak jemput kau beri ceramah atau pandangan, Tun M masih negera luar cari dia , perlukan idea dia, pandangan dia..sudahlah lu sama menghantu lu memng chee baiiii

Anonymous said...

PADA PANDANGAN IKHLAS AKU LAH........
APA YANG BERLAKU DI NEGARA SEKARANG, BERPUNCA DAN BERMULA PADA ERA TUN
ABDULLAH .
IT'S GETTING FROM BAD TO WORST...AND THE CHINESE ARE GETTING TOO MUCH NOW.

Anonymous said...

.Pak Lah yg pernah ku dampingi ..dari segi pengurusan masa kau mmg fail jka mau di bandingkan dgn dr M..majlis jam 9 pg jam 9pg tu lah kau masih terhegeh hegeh mengikat tali kasut sedangkan dr M 8.50pg beliau telah pun muncul di lokasi majlis