Thursday, August 22, 2013

Bukan Bimbang Lagi, Ni Dah Tahap Takut!!



KUALA LUMPUR: Harga rumah yang semakin meningkat membuat ramai kalangan pembeli rumah kali pertama bimbang mengenai sama ada mereka mampu memiliki hartanah, demikian menurut hasil kajian oleh iProperty.com.

Laporan Sentimen Pasaran Hartanah iProperty.com Asia 2013 menunjukkan 77 peratus daripada 30,000 responden bimbang terhadap tahap kemampuan mereka berikutan harga rumah yang semakin meningkat, melonjak daripada 69 peratus berbanding hasil kajian sebelumnya.

Hanya 10 peratus bimbang terhadap dasar dan kadar faedah semasa, kata kajian itu.

Kebanyakan responden berpendapat transaksi hartanah tidak akan meningkat dalam tempoh enam bulan akan datang.

Namun, 41 peratus responden menjawab persekitaran ekonomi dan politik semasa sangat kondusif untuk pelaburan hartanah.

Ia berkata berikutan berakhirnya pilihan raya umum yang ditunggu-tunggu, lebih satu pertiga kini tidak pasti mengenai kedudukan pasaran dalam tempoh berbaki tahun ini.Kajian itu dijalankan merentas rangkaian utama laman-laman web iProperty Group di Malaysia, Indonesia, Hong Kong dan Singapura.

Kajian itu yang disertai 13,145 responden dari Malaysia, menunjukkan mengenai tahap motivasi, hasrat dan pilihan pengguna dalam memperoleh hartanah di Asia.

Kajian itu juga menunjukkan golongan muda di negara ini mengkaji pelbagai pilihan pelaburan, termasuk hartanah, dengan 29 peratus responden yang merupakan pembeli rumah kali pertama merancang membeli hartanah bernilai antara RM350,000 dan RM500,000.

Mengenai unjuran separuh kedua tahun ini, kajian itu mendapati pilihan raya umum pada Mei menyediakan ketentuan pasaran yang lebih besar, menjurus kepada peningkatan dalam pelaburan hartanah di Malaysia.

Bagi pasaran luar, Malaysia menjadi negara pilihan untuk pelabur hartanah asing terutama selepas Hong Kong dan Singapura,mengenakan levi 15 peratus bagi memperlahankan pelaburan asing yang merangsang pasaran hartanah masing-masing," katanya. -BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

Dgn gaji 3-4 ribu, kombain laki bini, kat KL, JB, S'gor, dgn kos lain lain lg, bayaran nurseri, anak anak yg sekolah, sesak juge nak beli rumah yg selesa. Duk umah sewa je le.