Friday, August 9, 2013

Buku Pak Lah- Nation Darkest Hour



Sejak kian lama Pak Lah @ Tun Abdullah Ahmad Badawi mendiamkan diri dari membuat sebarang komen atau mengeluarkan kenyataan tiap kali di lemparkan kritikan terhadap pentadbiran nya.

Malah ada kalangan bloggers mengelarkan era pemerintahan Abdullah Badawi sebagai Nation darkest hour.

Dikatakan kerajaan itu berbaju UMNO tapi ditadbir urus oleh orang orang yang bukan ahli UMNO pun.Ketika zaman itu banyak keputusan yang di buat oleh kerajaan tidak lansung melambangkan kehendak UMNO.

Paling ketara ada lah pembatalan Jambatan bengkok @ scenic bridge.Sebaik sahaja pembinaan jambatan bengkok ini dibatalkan bertambah lah keyakinan orang melayu dan sedikit ahli UMNO bahawa kerajaan ini sudah di "hijack" oleh orang luar.

Malah ada yang menjenakakan Majlis Tertinggi UMNO sebagai badut badut yang membuang masa berjam jam berdisuksi sesama sendiri tetapi keputusan semua dibuat di rumah Pak Lah dan mengenepikan kehendak Majlis Tertinggi.

Paling memusykil kan rakyat ada lah serangan kerajaan Pak Lah kepada Mantan Perdana Menteri seolah olah Mantan ini musuh negara.

Watak seperti Brendan Perirra, kalimullah menjadi bualan utama terhadap serangan ini.Rakyat ketika itu tidak faham kenapa harus Mantan PM menjadi musuh kerajaan Pak Lah.

Lebih menjengkelkan lagi apabila non-malay seperti Brendan Perira menguna kan akhbar milik orang melayu untuk menyerang pemimpin melayu seperti Tun Mahathir.Ini menambahkan kebencian orang ramai terutama rakyat di atas pagar.

Boleh di katakan hanya rakyat biasa dan atas pagar sahaja yang menyedari dan ahli UMNO seperti biasa akan membutakan segala nya.Malah Ahli UMNO pula berlumba lumba mahu menjadi hero kepada Pak Lah dengan menumpang menghentam mantan PM Tun Mahathir.

Diketika itu rakyat diluar sudah menyedari kerajaan Pak Lah bukan milik UMNo tetapi milik orang luar , malah dikata kan milik Singapura kerana dikatakan talibarut Singapura amat rapat dengan Pak lah.

Bertambah cili untuk menambah pedas ujud pula orang orang muda yang kemudian di gelar "budak Hingusan" oleh Tun Mahathir yang berjaya menguasai Pak Lah untuk membuat cadangan pelbagai perkara yang lansung tidak mencermin kan pendirian UMNO atau melayu.

Tentu sekali denial demi denial jika soalan ini di serah kepada Pak Lah.Tetapi itu lah yang dilihat oleh orang luar dan ahli UMNO yang celik.

Orang yang tidak lepas saringan SB kerana rapat nya dengan Singapura boleh menjadi kawan rapat dan amat berpengaruh didalam kerajaan Pak lah.Malah ada andaian dikata kan ada memainkan peranan dalam pembatalan jambatan bengkok.

Ujud nya terma budak "tingkat empat" merujuk kepada sekumpulan budak terpelajar tetapi kurang wisdom didalam hal ehwal negara yang dikata kan menumpang membuat keputusan untuk kerajaan Pak Lah.

Semenjak dari hari itu ada sahaja orang bukan melayu yang sanggup menghentam mantan PM , orang seperti Brendan Perira amat terkenal dikala itu sebagai wakil menghentam mantan Tun Mahathir.Entah kemana pergi nya kini dan ada yang mengatakan mendapat habuan dan terus mendiam kan diri.

Ada pandangan orang biasa yang mengatakan ketidakbijaksana nya rejim Pak Lah ada lah menjadikan Mantan PM musuh nya.Walaupun di kata kan ia terdorong oleh orang muda yang sememang nya tiada respek kepada mantan Perdana Menteri kerana tiada asas kesopanan melayu pada jati diri.

Pada setiap kesempatan mantan PM itu diserang malah ada sahaja kes kes atau pun isu membabitkan mantan PM di ungkit kan dari masa kesemasa.Seolah olah cubaan untuk menutup mulut Tun Mahathir supaya rasa takut dan tidak lagi membuat bising.

Tetapi, Mantan PM ini pula bukan calang orang nya "If I can Make, I can also break".Setelah rasa diri tidak selamat akibat gangguan budak Singapura mantan ini bangkit dengan high political manuvere nya.Politik tahap tinggi akan digunakan nya.

Bersama nya satu pertunjukan bakal dipersembahkan, bagaimana seorang yang tiada kuasa akan menurunkan seorang yang sedang berkuasa.

Maka berhelah dan berikhtiar lah mantan ini mahu merampas kembali kerajaan yang sudah di hijak oleh budak pro Singapura yang jiwa melayu nya senipis kulit bawang.

Antara pelbagai perkara yang terjadi dan menjadi tontonan rakyat ketika itu ada lah gelagat orang orang yang berjaya mendampingi kerajaan Pak Lah itu, begitu mengada ngada nya seperti watak kepala kapal terbang murah yang mahu itu dan ini serta layanan istimewa.

Selain itu hampir hampir Sime Darby tergadai dan juga IJN diambil oleh pihak tertentu.Ini semua kerana yang berpengaruh lansung tiada nilai kemelayuan atau pun nasionalis.Bijak menjual dan bukan bijak mencipta.Berkelulusan hebat hebat tapi tidak melakukan perkara hebat.

Amat menghairan kan jika kerajaan Pak Lah mencaci bagaimana kerajaan Mahathir berurusan kerana wang perolehan PETRONAS dalam masa 5 tahun pemerintahan Pak lah ada lah melebihi berpuluh billion dibandingkan dengan 22 tahun pemerintahan Mahathir.

Namun dengan wang PETRONAS olehan zaman Mahathir itu boleh dilihat dengan mata kasar hasil kerja Tun Mahathir dari Menara berkembar KLCC, Litar Sepang, Putrajaya dan pelbagai sedang wang beratus billion dalam 5 tahun Pak Lah tidak nampak apa apa pun.

Paling orang tidak faham ada lah amat lama masa diambil untuk Pak Lah mengumumkan timbalan nya sehingga Tun Mahathir menyindir nama Najib Razak beberapa kali kepada kerajaan Pak Lah.Ada kah dihasut atau telah di dorong oleh pihak luar agar Najib tidak dilantik?

Ini bertambah kuat dengan ciptaan isu untuk mengena kan Najib , malah ketika itu gelaran "Dead Man Walking" telah di berikan kepada DS Najib kerana begitu rapuh kedudukan nya.

Tetapi oleh kerana Tun Mahathir bukan calang dan bijak bertindak menguna kan watak sana dan sini tekanan itu dan ini walaupun dia tanpa kuasa sendiri akhir nya berjaya juga membuat Pak Lah meletak kan jawatan "or else..." di pehimpunan Agong UMNO sesuatu tidak dijangka akan berlaku.

Kini faham lah kita apabila Pak Lah membuat buku untuk meleraikan serangan kepada diri nya selama ini.Buku Awekening nya pasti mencerita kan "his side of stories" tetapi ramai menjangka kan ianya ada lah dorongan beberapa watak yang mendendami Tun Mahathir.

Kerana watak watak itu juga lah yang berpengaruh dizaman "Mr Clean" menjadi Perdana Menteri.

Dan paling menjadi kuat syak wasangka ada lah kerana apa sahaja yang anti Mahathir pasti datang dari Singapura seperti buku Malaysian Maverick.Kini buku Pak Lah juga datang nya dari sana menguna kan Non Malay sebagai hero terhasil buku ini.

Ini lah kisah 2 Tun, kita saksikan perkembangan nya nanti dan kemudian In Sha Allah kita sambung

THECHULAN
thechulan.blogspot.com.

No comments: