Saturday, August 24, 2013

Gerakan Besar-Besaran Tangkap Pekerja Asing Tanpa Permit Kerja Mulai 1 September - Ahmad Zahid



BAGAN DATOH: Gerakan besar-besaran akan dilakukan mulai 1 September ini bagi menangkap pekerja asing tanpa permit kerja, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata gerakan itu membabitkan Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan. "Kita tidak mahu pihak majikan menggaji pekerja asing yang tidak ada permit di tempat kerja masing-masing. Pada waktu yang sama kita mahu lihat pihak majikan memberikan kemudahan perumahan, perubatan dan juga menjaga kebajikan mereka. "Ini bagi memastikan Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang memerlukan pekerja asing tetapi menjaga kebajikan mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Parlimen Bagan Datoh di sini, Jumaat.

Katanya gerakan itu juga bagi memastikan kesemua pekerja asing yang berkerja di Malaysia mematuhi peraturan dan undang-undang di negara ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata PDRM sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga jika ada pihak yang mengugut untuk melancarkan perang terhadap polis berikutan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan itu menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang, Isnin lepas.

Beliau mengulas khabar angin menyatakan beberapa kumpulan kongsi gelap akan melancarkan perang terhadap pasukan itu berikutan tindakan polis memerangi jenayah berat, khususnya yang melibatkan senjata api.

"Walaupun saya tidak campur tangan dalam urusan polis kerana saya telah memberikan kuasa sepenuhya (kepada Polis Diaraja Malaysia) untuk melancarkan gerakan besar-besaran namun saya ingatkan supaya polis lebih berhati-hati.

"Pada waktu yang sama kita minta orang ramai supaya berhati-hati kerana penjenayah adalah buta warna. Mereka tidak kenal siapakah mangsa," katanya. -BERNAMA

3 comments:

ahlee said...

Ye lah tu?

Hasnul Rahman said...

Assalammualaikum wmt,
Sejak dilantik jadi menteri Dalam Negeri, Zahid ternampak seolah-olah lebih bagus drp menteri sebelumnya.
Bagaimanapun dlm bab menangkap atau menghapuskan pendatang tanpa izin ni jangan ler dok buat macam menteri dulu....
Amaran dan amarannnn....
Kalau nak tangkap, tangkap ajer leer, jangan bagi tahu bila nak mula dan buat kenyataan untuk itu..
Nampak macam nak tunjuk apa yg dia nak buat... Untuk apa?
Bukan apa, takut nanti bila sampai masanya yg ditangkap tak seberapa dan pendatang masih tak susut-susut...
Belambak... macam lalat....

ahlee said...

Ye le tu apa yg besar besaran tu?