Friday, August 9, 2013

Haramkan Sahaja Syiah Di Malaysia Ini!!



PERUTUSAN Aidilfitri dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin membawa mesej yang sangat jelas kepada semua rakyat Malaysia mengikut ajaran Islam yang diterima pakai majoriti masyarakat Islam di dunia hari ini - Ahlil Sunnah Wal Jamaah.

Walaupun tidak dinyatakan secara jelas, tapi penulis rasa Perdana Menteri merujuk kepada gerakan syiah yang semakin berleluasa di kalangan masyarakat Islam kita yang mana kalau dibiarkan, boleh membawa kepada berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti pertumpahan darah akibat perbezaan mazhab dan sebagainya.

Tapi dalam masa yang sama, perlu dinyatakan bahawa negara ini masih mengiktiraf 2 ajaran syiah iaitu Jaafariah dan Zaidiah.

Pengiktirafan kerajaan ke atas 2 ajaran syiah ini menimbulkan kekeliruan kerana perbahasan biasa merujuk syiah itu sebagai satu, dan jika syiah diharamkan, maka semua ajaran dalam mazhab tersebut juga perlu diharamkan. Penulis tidak begitu maklum tentang selok belok agama kenapa 2 ajaran tersebut diiktiraf kerajaan Malaysia, tapi penulis yakin ia dibuat atas alasan hukum yang kukuh.

Selain itu, pada 2007 di Amman, Jordan, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi juga telah menandatangani perjanjian Amman (Amman Message) yang mengiktiraf syiah sebagai sebahagian dari ajaran Islam. Penulis tidak mendapat gambaran penuh sama ada syiah yang diiktiraf itu merujuk kepada 2 ajaran tersebut sahaja atau bagaimana.

Walaupun penulis sedar keputusan itu berdasarkan keadaan pada waktu itu, tapi kalau keputusannya sekarang untuk mengharamkan terus syiah dari bumi Malaysia ini, maka Malaysia juga sudah sepatutnya boleh menarik diri dari perjanjian tersebut.

Dalam masa yang sama, penulis juga akur bahawa keputusan untuk mengharamkan semua jenis ajaran syiah termasuk 2 yang diiktiraf sekarang, tidak boleh dibuat dengan berasaskan emosi semata-mata. Ia memerlukan kajian mendalam dan mengambil kira pandangan dari pelbagai sudut sebelum boleh dilaksanakan.

Pendekatan yang betul juga perlu dirangka dari sekarang untuk memberi penjelasan kepada rakyat kenapa 2 ajaran syiah yang diiktiraf sekarang perlu dikekalkan (atau diharamkan terus) dan mengelak rakyat dari terus keliru dengan soal pengharaman syiah ini yang sebenarnya.

Petikan-SGB

No comments: