Wednesday, August 21, 2013

Ingat Polis Malaysia Cap Ayam???



KUALA LUMPUR 21 Ogos - Polis tidak akan membenarkan mana-mana penjenayah khususnya kumpulan kongsi gelap yang didakwa akan melancarkan perang terhadap pasukan itu berikutan rasa tidak puas hati mereka berhubung tindakan menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut menafikan wujudnya khabar angin yang mula tersebar mengenai ugutan penjenayah yang mahu membalas dendam terhadap polis.

"Apa yang tersebar itu hanya acah-acah pihak tertentu untuk takut-takutkan kita sahaja," katanya kepada pemberita selepas melancarkan majlis penganugerahan surat penghargaan kepada pengguna jalanraya ketika Op Selamat III yang lalu. - UTUSAN ONLINE



1 comment:

Anonymous said...

Orang melayu yang baik 100% menyokong tindakan polis. Melayu yang tak sokong polis adalah melayu jahat dan suka buat kacau.

Tapi bangsa asing .. tau sama tau la