Tuesday, August 27, 2013

Masalah Telekomunikasi Catat Aduan Tertinggi



KUALA LUMPUR: Sektor telekomunikasi mengungguli kategori aduan pengguna tertinggi yang diterima Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) pada tahun lalu.

Pusat itu menerima 5,985 aduan berkaitan telekomunikasi tahun lepas atau 14.3 peratus daripada semua kategori aduan.

Ketua Pegawai Eksekutif NCCC, Datuk Paul Selvaraj berkata ia merupakan tahun ketiga berturut-turut isu komunikasi mencatatkan aduan tertinggi.

"Ia bukan sesuatu yang mereka harus dibanggakan. Situasi ini menjadi semakin buruk," katanya ketika pengeluaran laporan tahunan aduan pengguna bagi 2012.

Antara aduan yang diterima termasuk caj tersembunyi, SMS yang tidak diminta, bayaran untuk panggilan tidak dijawab dan panggilan tidak dijawab.

3 comments:

Anonymous said...

Masalah gangguan talian memang sudah berlaku sejak dahulu lagi.Terutama apabila rangkaian rangkaian dipertingkatkan dari 2G ke 3G kemudian 3.5G dan terbaru 4G atau LTE.Tidak dinafikan bahawa masalah ini timbul atas banyak faktor.Namun ia mungkin agak minima berbanding dengan servis 'shutdown' @ 'failure' secara kesuluruhan.Walau bagaimana pun kita yakin,amnya telco 'aware' isu ini,cuma sekarang kita lihat pengguna telefon pintar sudah meningkat berbanding dengan pengguna2 legasi.Pasaran sudah mencapai maksima,berbanding dengan 5@6 tahun yg lalu.Jadi,sudah pasti telco menghadapi pertumbuhan yg sangat perlahan.Tambahan lagi penggunaan telefon pintar diguna meluas menjejaskan perkhidmatan nilai tambah kepada telco seperti sms,wap,mms&voice mail.Pd saya,ini tidak dapat dielakkan lagi,cuma bijak pandai telco tahu bagaimana mahu cari sumber2 baru bagi menggantikan perkhidmatan VAS mereka.Dalam erti kata lain,carilah orang yg berbakat,pandai dalam perkhidmatan terutama dalam IT industri bagi merancakkan perkhidmatan telekomunikasi dinegara ini.Kalau di AS,CEO2 syarikat2 telekomunikasi kebanyakannya berlatar belakangkan kejuruteraan,tp di sini hanya pemasaran&perkhidmatan saja..

Anonymous said...

Celcom mcm sial minggu ni.nk bkk fb pon seksa.duit dah ambik.tp servis cm gampang.

kingkong said...

Thank's gan infonya !!!

peluang agen tiket