Sunday, August 25, 2013

NASIHAT SULTAN SELANGOR KEPADA SEMUA BAKAL HAJI


Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat negeri Selangor yang akan mengerjakan ibadah haji tahun ini agar tidak berdemonstrasi semasa berada di Makkah dan Madinah. 

Baginda bertitah tindakan sedemikian pastinya menjejaskan nama baik rakyat Malaysia serta hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.

"Beta menasihatkan bakal-bakal haji supaya dapat menjaga nama baik negeri Selangor dan juga negara Malaysia yang telah dikenali di kalangan pemimpin negara Arab sebagai jemaah haji berdisplin dan terbaik.

"Beta tidak berkenan rakyat negeri Selangor yang pergi menunaikan haji ke tanah suci Mekah dan Madinah mengadakan tunjuk perasaan atau demonstrasi," titah baginda pada majlis Penyempurnaan Kursus Perdana Haji tahun 1434H/2013 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Baginda turut mengingatkan bakal haji agar menunaikan ibadah haji dengan betul sebagaimana dituntut ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak terikut-ikut jemaah haji dari negara lain.

No comments: