Friday, August 30, 2013

Rakyat Malaysia Berdepan Hukuman Penjara Atas Dakwaan Hina Bendera Indonesia



JAKARTA- Seorang pengurus besar rakyat warga Malaysia berdepan dengan hukuman penjara jika terbukti bersalah menghina bendera Indonesia, berikutan gurauan yang tidak sesuai tentang bendera republik itu.

Menurut jurucakap polis Indonesia, Agus Rianto, Broderik Chin, yang bekerja dengan sebuah syarikat perladangan, PT Kreasi Jaya iaitu anak syarikat perladangan Malaysia, Kuala Lumpur-Kepong (KLK), didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur penghinaan mengenai bendera Indonesia.

Pada 16 Ogos lalu iaitu sehari sebelum Hari Kemerdekaan Indonesia yang ke-68, Chin, dilaporkan berkata, bendera Indonesia itu boleh diganti dengan seluar dalamnya yang bewarna merah.

Beliau dilaporkan mengeluarkan kenyataan berunsur hinaan itu selepas seorang kakitangannya gagal mencari bendera Indonesia untuk dikibarkan sebagai menghormati Hari Kebangsaan negara berkenaan.

"Mungkin dia bergurau atau mungkin juga dia marah dengan kakitangannya kerana tidak mencari bendera. Keesokan harinya, sekumpulan masyarakat tempatan berhimpun di depan syarikat berkenaan menuntut dia memohon maaf," kata Agus.

Berikutan protes orang ramai itu, Chin akhirnya ditahan polis Dumai pada 21 Ogos lalu.

"Dia (Chin) akan didakwa di bawah Artikel 66 Undang-Undang 2009 berkaitan dengan bendera dan lagu kebangsaan serta bahasa," kata Agus.

Jika disabit kesalahan, Chin boleh dihukum penjara selama lima tahun atau dikenakan denda sebanyak Rupiah 500 juta (RM148,000).

- BERNAMA

6 comments:

meor boski said...

Macam ni la kita mahu....klu bendera kita dihina, harus beri tindakan yg sama...syabas indonesia.

Man driver said...

Tindakan perlu diambil dgn tegas smaada melibatkan rakyat sendiri lebih2 lg warga asing supaya mereka lebih menghormati apa2 yg berkaitan dgn org lain dan disamping itu sbg satu penghalang utk mereka tidak biadap. Malaysia jg perlu bertindak tergas terhadap wargnya yg biadap terhadap apa2 perkara yg baik menghina agama, bangsa atau budaya utama masyarakat sesebuah negara.

C L J said...

Dia marah dan kecam pekerjanya supaya lebih bersungguh mendapatkan bendera yang diperlukan itu. Pekerjanya yang licik itu memutar lilit dan mengalihkan sasaran kecaman itu daripada dirinya sendiri yang tak acoh kepada kedaulatan negara dengan cara menggunakan orang ramai. Demikian bijaksana politiking zaman kini. Siapa sahaja dimana sahaja dalam apa juga keadaan kena hati hati.

Anonymous said...

Tok sah nak pertahan la ke bangsatan bangsa cina ni CLJ.kalau dah kat malaysia bangsa kamu tk hormat bndera n raja..apa lg bendera negara luaq...nak cakap lg...peerahhhhhh

Anonymous said...

Tok sah nak pertahan la ke bangsatan bangsa cina ni CLJ.kalau dah kat malaysia bangsa kamu tk hormat bndera n raja..apa lg bendera negara luaq...nak cakap lg...peerahhhhhh

Anonymous said...

Rasakan! Jenis ini yang rasa dia kaya ingat orang lain boleh dihina sesedap mulut dia. Tengoklah di Malaysia sendiri tribe jenis ini memang kurang ajar dan patut diajar. Dah jatuh hukum di Indonesia, dia ni patut didakwa pula di mahkamah Malaysia, papsportnya di rampas, dibuang kerja, dan dipenjarajan. Padan muka engko!