Saturday, August 3, 2013

Senarai Lebuh Raya Beri Rebat Dan Diskaun Tol Sempena Aidilfitri 2013


Sebanyak 22 lebuh raya di seluruh negara akan memberikan rebat dan diskaun tol pada kadar lima hingga 37.5 peratus sempena Aidilfitri 2013.

Ketua Pengarah, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir Ismail Md Salleh, berkata daripada jumlah itu 17 lebuh raya akan memberikan diskaun tol pada kadar lima hingga 37.5 peratus bermula dari 7 hingga 9 Ogos ini.

"Manakala lima lebuh raya di bawah kendalian Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus kepada penguna kenderaan Kelas Satu yang membuat bayaran tol secara elektronik pada 5 dan 6 Ogos serta 14 dan 15 Ogos ini," katanya.

Senarai Penuh Lebuh Raya Beri Rebat Dan Diskaun Tol Sempena Aidilfitri 2013 DISKAUN 5 - 37.5 %

Lebuh Raya Koridor Guthrie (GUTHRIE)
Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA)
Lebuh raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
Lebuh Raya SMART
Lebuh Raya Shah Alam (KESAS)
Lebuh Raya KL-Karak (KLK)
Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1)
Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
Lebuh Raya Baru Pantai (NPE)
Lebuh Raya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB)
Lebuh Raya KL-Putrajaya (MEX)
Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya)
Lebuh Raya Kajang Seremban (LEKAS)
Lebuh Raya Senai Desaru (SDE)
Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE)
Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP)
Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (SPRINT)


REBAT TOL 20 % (Touch & Go | Smart TAG) - rebat tol 20 peratus kepada pengguna kenderaan Kelas Satu yang membayar tol secara elektronik pada 5 dan 6 Ogos serta 14 dan 15 Ogos.


Lebuh Raya Utara Selatan kecuali Plaza Tol Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar
Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH)
Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK)
Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) kecuali Plaza Tol Tanjung Kupang.

No comments: