Friday, August 30, 2013

Tanda Putera: Rupanya Kencing Guan Eng Masih Bercabang!!



MACAM budak-budak - itulah respon pertama yang penulis dengar sebaik rasmi keputusan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang mengharamkan tayangan filem Tanda Putera di pawagam-pawagam seluruh negeri tersebut.

Arahan yang dikeluarkan Ketua Menterinya, Guan Eng semalam membuktikan bahawa si tua berusia 51 tahun ini sebenarnya masih lagi keanak-anakan disebalik gembar gembur kononnya dia adalah seorang pemimpin yang bervisi tinggi, terbuka dan apa yang seumpama dengan itu.

Cukuplah tu tulis puji-puji Guan Eng, ini pun dah memulas isi perut mintak dimuntah keluar.

Pun begitu penulis nak sebutkan disini, rakyat Malaysia sudah sebolehnya menilai siapa sebenarnya Guan Eng ini dan sama ada gembar-gembur bahawa dia dan parti DAP akan membawa Malaysia ke era baru yang lebih baik dari sekarang jika ditakdirkan menjadi kerajaan persekutuan, ada kebenarannya atau tidak.

Setakat yang penulis lihat, kenyataan itu jauh meleset dengan banyak bukti berlaku kebelakangan ini menunjukkan DAP sebenarnya adalah sebuah parti diktator ala-ala komunis yang bakal menekan rakyat negara ini dengan lebih teruk dari apa yang sering dia tuduh dilakukan BN/UMNO.

Antaranya pemilihan DAP dimana keputusan pemilihan CEC boleh diubah begitu sahaja oleh Guan Eng, hanya semata-mata untuk memastikan cina nama Melayu, Zairil Khir Johari Bin Abdullah menang secara merit sebagai ahli CEC - bukan secara lantikan.

Dan terbaru inilah - pengharaman filem Tanda Putera di Pulau Pinang.

Pun begitu, ada bodohnya juga.  Apakah Guan Eng ingat pengharaman ini boleh beri kesan kepada rakyat Malaysia, dia fikir ini tahun 70-80 an ke?  Ini abad ke 21 dah dimana semuanya boleh diakses di internet.

Apakah perasaan Guan Eng kalau ada pihak-pihak yang menaja filem Tanda Putera ini supaya boleh diakses secara percuma di Internet?  Apa Guan Eng nak block Internet di Pulau Pinang pulak ke?  Inilah yang dikatakan Guan Eng bodoh tak bertempat.

Penulis melihat selepas ini imej DAP dan Guan Eng di kalangan orang Melayu akan semakin menurun dengan teruknya berbanding sebelum ini.

Itu dikalangan orang Melayu, dikalangan professional pula melihat keputusan ini petanda jelas bahawa DAP tidaklah terbuka seperti mana yang cuba digambarkan sebelum ini, malah sudah ada bisik-bisik yang mendakwa Guan Eng takut dengan bayang-bayang sendiri.

2 comments:

Anonymous said...

TAKPE...
TAK LAMA LAGI KELUAR LA KAT ASTRO FIRST...

KALO ASTRO FIRST PUN NAK SEKAT...
MMG AKU TAK LANGGAN ASTRO LAGI LA...

Anonymous said...

TAKPE...
TAK LAMA LAGI KELUAR LA KAT ASTRO FIRST...

KALO ASTRO FIRST PUN NAK SEKAT...
MMG AKU TAK LANGGAN ASTRO LAGI LA...