Monday, August 19, 2013

TENGKU ADNAN SMASH TIAN CHUA!!



Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menafikan dakwaan mengatakan kerajaan tidak membantu mangsa kebakaran atau menyatakan mereka tidak perlu dibantu kerana menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihan raya yang lalu.

Pada 8 dan 10 Ogos lalu, berlaku kebakaran Kampung Chubadak dan Kampung Puah Bahagia di Sentul yang memusnahkan hampir 50 buah rumah dan menyebabkan hampir tiga ratus orang hilang tempat tinggal.

Tengku Adnan telah melawat mangsa terbabit dan memberi bantuan segera RM 800 setiap keluarga dan memberi tempat tinggal sementara di Pusat Komuniti berhampiran. Setelah seminggu mereka semua di minta berpindah semetara ke Perumahan Rakyat di Bukit Jalil.

Malangnya kerana hasutan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, sebahagian enggan berpindah kerana mahukan tempat tinggal berhampiran kawasan kediaman asal mereka.

Tanpa sebarang bukti, Tian Chua juga mendakwa kononnya ada mangsa kecewa dengan Tengku Adnan. Menurut Ahli Parlimen Batu yang pernah menggigit telinga Polis itu, Tengku Adnan dilaporkan berkata kerajaan tidak akan membantu mangsa kebakaran kerana mereka menyokong pembangkang dalam pilihan raya lalu.

Ini menyebabkan Menteri Wilayah Persekutuan membuat kenyataan dalam Facebook beliau menafikan hal tersebut. Tengku Adnan mendakwa beliau menyatakan “walaupun mereka tidak menyokong Barisan Nasional dalam pilihan raya lalu, adalah tanggungjawab kerajaan untuk membantu mereka kerana ini kerajaan Barisan Nasional yang bertanggungjawab.”

Jawapan Tengku Adnan ini selari dengan tindakan kerajaan sendiri yang telah membantu mangsa kebakaran melalui bantuan segera RM 800 dan menawarkan penginapan sementara di Perumahan Rakyat Bukit Jalil. Beliau juga menyatakan kerajaan tidak mempunyai tempat lebih dekat untuk diberikan. Jika ada pasti kerajaan telah berikan.

Malangnya, segelintir daripada mangsa tersebut enggan berpindah kononnya jauh dan mahukan kerajaan menyediakan tempat tinggal berhampiran kediaman sedia ada.

Alasan jauh daripada tempat kerja dan persekolahan anak-anak merupakan alasan biasa kumpulan yang dihasut oleh Pakatan Rakyat. Seperti mana isu Setinggan Kampung Berembang suatu ketika dahulu, kumpulan penyokong Pakatan yang memerlukan bantuan ini merasakan kerajaan perlu ikut apa sahaja kehendak mereka hanya kerana mereka menjadi mangsa kebakaran atau pernah menjadi setinggan.

Mereka mahukan segala-galanya mudah sedangkan apa yang mereka dapat daripada kerajaan jauh lebih baik daripada rakyat lain yang terpaksa berusaha sendiri.

Ramai rakyat yang berulang alik berpuluh kilometer untuk ke tempat kerja dan sekolah kerana tempat tinggal yang jauh daripada tempat kerja atau sekolah. Mereka ini tidak mendapat bantuan kerajaan dan tidak pula menyalahkan kerajaan.

Sebaliknya segelintir mangsa kebakaran ini bukan sahaja tidak bersyukur dengan bantuan kerajaan dan kemudahan yang disediakan, malah menyebarkan fitnah pula kononnya kerajaan tidak membantu mereka kerana menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu.


Tian Chua told Malaysiakini that Kuala Lumpur City Hall (DBKL) officers told the victims from 36 houses in Sentul that were destroyed in fires on Aug 8 and Aug 10 to move out as the community hall had been booked for an event tomorrow.

Despite initial objections from the families stationed there, the fire victims have reluctantly agreed to move out.

A handful of them took up an offer from DBKL and the Federal Territories and Urban Well-being Ministry to be placed at the People’s Housing Programme (PPR) flats in Bukit Jalil.

“Some families have accepted the offer to go to Bukit Jalil, while some 20 families are still lingering around, not knowing where to go. I am trying to figure out where to place them,” Tian Chua, who is the MP for the constituency where the fire occurred, said.

He said the DBKL officers had moved the belongings of the families out of the community hall and have told them that the offer to move to the low-cost flats in Bukit Jalil was a “take it or leave it” offer.

“But they don’t want to go to Bukit Jalil. They live in the Batu area, and school reopens next week and they need resume their normal lives,” said Tian Chua, who is currently with the families, outside the hall.

Ada segelintir kumpulan ini enggan berpindah ke Bukit Jalil sanggup berada di jalanan. Manusia apa mereka ini? Ketua keluarga apa mereka ini sanggup menyusahkan keluarga kerana agenda politik Pakatan? Mungkin inilah peringatan Allah terhadap kumpulan ini? Nampak seolah-olah mereka ini kufur nikmat yang diberikan seperti kata pepatah Melayu, diberi betih hendakkan Paha.

Bersyukurlah anda mendapat bantuan kerajaan dan kediaman sementara biarpun jauh sedikit dari kediaman asal. Di Kuala Lumpur sendiri ada ribuan orang tidak berumah dan tidak cukup makan. Apakah hebat anda untuk meminta berlebih-lebihan sedangkan ada rakyat lain yang lebih susah dari anda?

Kita bersimpati dengan kebakaran yang berlaku. Tapi jangan jadikan musibah ini satu agenda politik dan berlaku zalim kepada rakyat lain.

Seronok jadi Ahli Parlimen Batu, kerajaan tolong semua, beliau hanya buat sidang akhbar dan buat fitnah ke atas Menteri.

1 comment:

Anonymous said...

Heh lu Tian Chua. Lu ada kata Pencerobohan Lahad Datu sebagai Sandiwara Umno. Sekarang apa sudah jadi dengan itu cerita. Apa pasal selepas plihanraya semua diam. Jangan2 lu sama Umno main sandiwara apa. Cilaka lu cinabeng. Tipu kita rakyat untuk menang pilihanraya.