Friday, September 6, 2013

ISU RUMAH-REHDA BAGI ALASAN BODOH

PENGERUSI persatuan syarikat-syarikat buat rumah ni yang dikenali sebagai REHDA semalam buat pengumuman bahawa harga rumah akan naik berikutan kenaikan harga petrol dan diesel yang diumumkan kerajaan semalam.

Seolah-olahnya dalam tempoh lebih 3 tahun harga minyak tak naik ini, harga rumah yang dibina REHDA di negara ini semakin lama semakin menurun gamaknya.

REHDA ingat kita rakyat bodoh ke?

Harga rumah ni bukan kita tak tahu, ditentukan oleh pelbagai faktor dan bukan semata-mata minyak.  Contoh, besi naik, harga rumah naik, simen naik, harga rumah naik, dan yang terbaru, operasi kerajaan tangkap pekerja asing tanpa izin pun, REHDA boleh jadikan alasan untuk menaikkan harga rumah juga!!

Apa punya bodoh alasan tu?  Sementara ada di kalangan pembangkang sendiri rimas dengan kehadiran warga asing di negara ini dan mencari jalan untuk menyalahkan kerajaan, REHDA membuktikan merekalah sebenarnya yang menyumbang kepada pertambahan warga asing ini, terutama yang tidak ada permit.

Bagaimanapun, itu cerita lain yang akan dirungkai di lain masa juga, yang penting kenyataan terbaru REHDA yang cuba mengaitkan kenaikan harga rumah dengan kenaikan petrol dan diesel.

Selain semua faktor yang disebutkan di atas, ada faktor yang jauh lebih penting dalam soal membina rumah, iaitu nilai hartanah yang semakin menjadi tidak masuk akal di negara kita kebelakangan ni, menariknya, REHDA ni mewakili kedua-duanya – yang bina rumah dan yang jual tanah.

Lebih-lebih lagi sejak pembangkang ambil alih Pulau Pinang dan Selangor, harga rumah di negeri itu melonjak naik macam roket sebab tanah kerajaan untuk buat rumah dijual pada harga pasaran, berbanding dulu semasa berada dibawah pemerintahan BN, tanah untuk buat rumah dijual pada harga yang sangat rendah.

Sebab itu rumah-rumah zaman itu murah, malah memang ada pun rumah kos rendah.  Hari ini, mana nak jumpa lagi?  Nasib baik ada kerajaan persekutuan melalui Syarikat Perumahan Negara membantu, kalau tidak mampuslah orang berpendapatan rendah nak beli rumah.

Jadi penulis melihat, kenyataan REHDA ini sekadar nak memarakkan lagi perasaan segelintir rakyat atas kenaikan harga petrol dan diesel yang diumumkan kerajaan kelmarin sebab kita tahu REHDA memang pro pembangkang pun.

Hubungan baik REHDA dengan pembangkang, terutama DAP di Pulau Pinang, bukan satu cerita baru, sudah lama diperhatikan dan ada banyak bukti nak ditunjukkan.  Maklum, Pulau Pinang di bawah DAP adalah satu-satunya negeri yang tidak membenarkan sebarang pembangunan rumah kos rendah untuk rakyat dibuat di negeri itu.

Rumah kos rendah bukan ada untung banyak pun berbanding dengan rumah kos sederhana tinggi dan tinggi, itu yang REHDA sayang sangat dengan DAP tu, ada masyuk maa.

Maka itu, kerajaan perlu melihat semula kewujudan REHDA ini dan patut atau tidak soal penting seperti penentuan  kenaikan harga rumah ini diberikan kepada mereka untuk menentukannya.

Sementara itu, rakyat kalau nak cari pihak untuk dipersalahkan atas kenaikan harga rumah, jangan cari kerajaan, cari REHDA.

Petikan Mykmu.net

5 comments:

profit said...

Mana dia Menteri cap Ayam yang bodoh tu,tak wat statement ke?

Anonymous said...

Kenapa Pulau Pinang tak galak nak sediakan rumah kos rendah ?

Ini strategi politik DAP. DAP tahu orang melayu sangat dahagakan rumah tetapi rumah yang mereka mampu milik .. rumah murah. DAP sedar bahagian pulau tidak 100% penduduknya cina, masih ada melayu terutamanya di bahagian Balik Pulau. DAP kalau dapat nak penduduk melayu di pulau ujud setakat peratusan yang sama dengan penduduk melayu di Singapore. DAP tahu sekarang pulau itu memang dah cina punya cuma belum cukup betul2 cina sahaja kerana masih ada kawasan yang Umno mampu menang bila bertanding dalam pilihanraya. DAP tidak mahu ada satu pun kawasan pilihanraya di pulau yang Umno boleh bertapak .. PKR tak apa.

Bila kerajaan DAP Pulau Pinang tidak galakkan pembinaan rumah kos rendah pada akhirnya penduduk melayu di pulau akan rasa tertekan dan perit untuk meneruskan kehidupan di pulau, maka akhirnya mereka akan dengan sukarela berhjirah keluar daripada pulau untuk mendiami bahagian Seberang Prai dan Selatan Kedah.

Kesimpulannya kerajaan DAP Pulau Pinang secara halus sedang menghalau penduduk melayu keluar daripada bahagian pulau.

Ini lah yang kita minta pemimpin2 Pas yang celik islam supaya nampak kejahatan terhadap melayu dan islam yang dibawa oleh DAP. Sedar lah wahai Tokguru dan Tuan Guru sebelum terlambat.

Kepada Tokguru dan Tuan Guru, kita minta usahakan perpaduan dengan Umno, jika Umno meletak syarat yang bukan2 sila dedahkan dalam Harakah biar rakyat melayu tahu siapa sebenarnya yang tidak mahu terjadinya Perpaduan Melayu. Biar rakyat melayu menghukum siapa sahaja yang tidak mahu kepada Perpaduan Melayu dalam PRU 14 nanti.

Ana Musliman

Saudara Blogger

Minta maaf kerana isu saya lari tajuk. Saya mohon tuan siarkan dengan niat yang baik demi Perpaduan Ummah dan Perpaduan Melayu.

Metro Ahad 8.9.2013 menyiarkan cerita berkenaan Ajaran Syiah khasnya berkenaan Kahwin Mutaah dikalangan penganut Syiah seperti yang diceritakan oleh wanita janda 3 anak Suhana 34 tahun, yang telah melalui pernikahan secara mutaah sebanyak 3 kali dalam empoh 2 tahun - pertama selama 4 bulan dengan mas kahwin sebuah kitab Syiah, kedua 3 minggu dengan mas kahwin sebuah telepon bimbit dan ketiga 2 bulan dengan mas kahwin RM2.00.

Kepada kaum wanita yang bernikah mutaah saya nak sedarkan kalian, maruah anda adalah jauh lebih hina daripada seorang pelacur. Untuk tidur satu malam dengan seorang pelacur orang lelaki sanggup bayar paling tidak pun RM200.00 (2nd class prost). Kalau first class mungkin RM500 - RM1000 untuk satu malam.

Sedangkan Suhana hanya dibayar RM2.00 untuk ditiduri selama 60 malam (2 bulan) atau RM0.03333 sen untuk satu malam. Sebab itu saya berani berkata maruah Suhana berkali2 lebih hina dan rendah daripada seorang pelacur kaki lima.

Tetapi alhamdulilah, akhirnya Suhana sudah sedar dan insaf dan kini beliah sudah kembali kepada ajaran ASWJ.

Jika anda kata saya berbohong, cari Metro Ahad 8.9.2013 dan baca lah.

Apa yang nak saya sampaikan adalah WANITA DALAM AJARAN SYIAH HANYA LAH ALAT UNTUK MEMUASKAN NAFSU LELAKI SEMATA2 .. LELAKI DAPAT MELAMPIASKAN NAFSU SEKS TERHADAP WANITA YANG DIA SUKA DAN WANITA ITU REDHA TANPA DIA TUDUH BERZINA.

Memang perlakuan sex itu berlaku dengan kerelaan kedua2 belah pihak sebagai suami dan isteri .. suami tanpa tanggung jawab terhadap isterinya. Dalam kolum ini, saya tidak berhajat menyentuh risiko kesusahan yang bakal ditanggung oleh wanita selepas tamat tempoh pernikahan mutaah.

Ana Muslimah

Penggali Kubuq said...

Ai.. LGE berucap kat majlis REHDA tak bermakna dia ada kepentingan kat situ. REHDA kan seluruh malaysia, so harga akan ikut pasaran malaysia bukan pasaran Penang.
Kalau ye pun benci kat DAP tak payah la tunjuk diri tu bangang!
Apa masa si Sukun jd CM Penang dia jaga melayu sangat ke? Berapa peruntukan untuk masjid dan surau masa tu kalau dibandingkan dgn sekarang. Org melayu Penang memang dah lama miskin bukan sejak LGE ambilalih pun.. sebelum tu lagi UDA dah buat angkara. Beli semua tanah2 melayu untuk dibangunkan kononnya utk orang melayu. tapi apa yg dibangunkan, lot2 perniagaan komersial yg harga berjuta2.. mana orang melayu penang mampu beli.
Memang padan muka la UMNO-BN kalah kat Penang..
Padan muka la jugak kat UMNO Selangor yg selama ni mentekedarah hasil bumi selangor.. padan muukkkaaaa... hahahahaha