Wednesday, September 4, 2013

Minyak Naik: Jangan Bebankan BN Dengan Janji Anwar Ibrahim


SUKA nak ditegaskan disini, BN tidak pernah pada bila-bila masa berjanji untuk menurunkan harga minyak, yang buat janji itu ialah Anwar Ibrahim, guna platform Pakatan Rakyat yang tidak wujud secara rasmi.

Jadi bila harga tu naik RM 0.20 (atau dalam bahasa 'PEMANDUnya' subsidi dikurangkan), ia tidak langsung kena mengena dengan sesiapa mengundi BN, slogan Janji Ditepati dan yang seumpama dengan itu.

Itu semua ucapan nak buat hati hangat saja, faktanya tidak ada.

Selain itu, semua orang nampak minyak naik RM 0.20 naik seliter, berapa banyak yang cepat-cepat ambil kalkulator dan kira berapa banyak kos mereka akan bertambah dengan kenaikan terbaru ini?

Yang penulis nampak, majoriti hanya tahu buat bising, seolah-olahnya dalam sejarah minyak di Malaysia, ini adalah kenaikan kali yang pertama!!

Bagi penulis sendiri, kos tambahan yang penulis perlu tanggung dari kenaikan ini ialah sebanyak RM 64.90 sebulan - setelah mengambil kira isian penuh tangki minyak kereta yang penulis ada dan kekerapan mengisi dalam seminggu.

Tak tahulah orang lain, tapi penulis tidak rasa akan jatuh miskin atau hidup merempat dengan kenaikan kos minyak sebanyak itu.  Ia masih dalam jangkauan yang boleh ditanggung.  Mungkin penulis perlu improvise sedikit dengan tidak menggunakan penghawa dingin pada masa-masa tertentu sahaja.

Penulis tahu ada yang bazir minyak lebih banyak dari jumlah kenaikan RM 0.20 seliter ini, tapi sudah tentu perkara-perkara macam ini tidak diberi perhatian pada masa ini kerana tidak popular.

Tapi seperti ditegaskan sekali lagi, pada bila-bila masa BN tidak pernah keluar kenyataan atau tulis dalam manifesto mengatakan harga minyak akan diturunkan, rakyat tahu tentang ini dan tidak ada sesiapa pun yang boleh mendakwa ditipu oleh kerajaan.

1 comment:

Anonymous said...

Minyak naik gua tak kisah. Tapi gua paling takut harga barang naik.

Najib, lu boleh jamin kah barang tak akan naik harga bila minyak naik. Gua takut bukan gajah saja boleh naik minyak, tapi pengundi2 pun boleh naik minyak lorrr. Pengundi cina sudah lama sejak 2008 sudah naik minyak sama lu, 2013 pengundi cina sudah tumpah minyak sama lu, takut PRU 14 melayu pun naik minyak sama Umno kerana lu .. habis lah Umno.