Thursday, September 5, 2013

PR Dah Gila, Dakwa Minyak Naik Ada Orang Mati Kebuluran!!



PEMBANGKANG dan benda-benda gila bukan baru.  Dari dulu pun macam itu, dekat-dekat PRU13 bertambah hebat gilanya.  Dari dakwaan ada bangla 40,000 dibawa khas untuk mengundi BN, sehinggalah kepada kononnya berlaku Blackout di tempat pengundian untuk beri kemenangan kepada BN.

Semua ini sengaja direka cipta, semata-mata untuk menutup hakikat yang mereka kalah dan BN menang.

Bila harga minyak naik RM 0.20/liter kelmarin, bertambah-tambah lagi pembangkang gila.  Kenaikan yang membawa kenaikan kos antara RM60 -RM 100 untuk mengisi minyak dalam sebulan itu, direkayaksakan sebagai begitu menzalimi rakyat, termasuklah dakwaan kononnya akan berlaku kebuluran!!

Dakwaan ini penulis terjumpa dalam sebuah blog pro Pakatan Rakyat, yang antara lain menyebut:-

Tambah mengejutkan, Pakatan Rakyat turut difahamkan oleh pihak penyelidik terbabit, sekitar 100-200 ribu orang bakal terdedah kepada masalah kebuluran yang serius akibat peningkatan mendadak harga barang lanjutan dari kenaikan terbaru ini!!

Sejak bila pulak ada berlaku kebuluran di negara ini, setahu penulis, orang di Malaysia ini ramai yang mati sebab penyakit-penyakit yang boleh dikaitkan dengan terlebih makan, bukan sebab kurang makan.

Tapi nampaknya pembangkang peduli apa dengan semua itu.  Yang penting adalah mencari jalan bagaimana nak mengambil peluang dari kenaikan ini untuk menghidupkan kembali perjuangan mereka yang semakin lama semakin layu, walaupun penulis dah jelaskan semalam bahawa pembangkang secara rasmi tidak pernah berjanji untuk menurunkan harga minyak pun.

Dia hanya guna nama Pakatan Rakyat - pertubuhan yang tidak didaftarkan secara rasmi.

Walaupun setelah minyak dinaikkan sebanyak RM 0.20, penulis lihat keadaan dalam negara kita masih aman dan berjalan lancar.  Tidak pun berkurang pun jumlah kereta di atas jalan, kesesakan masih seperti biasa dan sebagainya - bukti menunjukkan orang ramai tidak begitu terkesan dengan kenaikan minyak ini.

Lagipun, kalau benar kenaikan ini membebankan seperti yang di dakwa pembangkang, penulis tidak rasa kerajaan akan membiarkan sesiapa pun mati kebuluran, itu kalau betullah kenaikan ini membebankan.

Apa pun, penulis mahu melihat sejauh mana dakwaan pembangkang ini benar bahawa kenaikan harga minyak itu nanti akan menyebabkan kebuluran, kemiskinan dan sebagainya.

Kalau setelah beberapa hari nanti tidak boleh dibuktikan ada rakyat kita yang mati kebuluran kerana minyak naik RM 0.20/liter, maka tindakan sewajarnya perlu diambil ke atas parti-parti pembangkang ini kerana cuba mencipta suasana yang tidak aman dalam negara.

3 comments:

Anonymous said...

Kebuluq?

rakyat malaysia membazirkan makanan sebanyak...

baca Mstar di bawah :

KUALA LUMPUR: Tabiat pemakanan rakyat Malaysia menyebabkan sejumlah 930 tan makanan dibazirkan setiap hari kerana tidak dimakan.

Jumlah itu bersamaan dengan membuang sebanyak 93,000 beg beras 10 kilogram (kg) setiap hari.

Pakar memberi amaran supaya masyarakat mengubah tabiat pemakanan mereka di tengah-tengah kenaikan harga barang dan kenaikan kadar kekurangan bekalan makanan malah menambah bahawa negara ini sudahpun mengalami sebuah krisis makanan.

Prof. Dr P. Agamuthu dari Universiti Malaya mengatakan pembaziran merupakan masalah yang semakin menjadi-jadi dan sebanyak 31,000 tan bahan buangan yang dihasilkan penduduk Malaysia merangkumi bahan buangan dari dapur seperti baki makanan.

http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2011/6/10/mstar_berita/20110610125635

Anonymous said...

Nama pun pembangkang...koje nya hanya membangkang tak perlu bertanggung jawab apa apa....sesajaaaaaa nak jadikan Isu !! Indon tempat aku kerja gelak tengok orang malaysia buat DEmo pasal harga minyak di sini.

Anonymous said...

Alahai....pr nak recycle fitnah Baling yang si Nuar pakai untuk bangkit kemarahan rakyat. Memang bodoh dan tak masuk akal sungguh minyak naik orang boleh mati kebuluran. Sekarang ni rakyat rata-rata tak bodoh macam zaman dulu. Sekarang nie rakyat lebih bijak dan mudah dapat maklumat dari pelbagai media, yang utama mahu pun social.Udah-udah lah nak bodohkan rakyat. Yang pak kadok dalam pas, jangan lah jadi bodoh nak percaya.