Monday, September 9, 2013

SERANGAN DI ZAMBOANGA CITY- ESSCOM DIUJI KEBERKESANANNYA



KOTA KINABALU: Malaysia mengaktifkan amaran keselamatan di sepanjang sempadan perairan negari itu dengan selatan Filipina berikutan serangan pemberontak Moro di Zamboanga City.

Amaran keselamatan di Sabah dikeluarkan untuk meneliti sebarang kemungkinan insiden yang berlaku di selatan Filipina pada pagi Isnin turut menular ke negeri ini.

Kira-kira 400 lelaki bersenjata yang dipercayai ahli kumpulan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menyerang Zamboanga City yang terletak kira-kira 460km dari Sandakan.

Menurut laporan terbaru, pemberontak Moro itu turut mendakwa mereka telah menawan tujuh orang penduduk kampung dan meminta kedutaan Indonesia untuk campur tangan dalam perkara tersebut.

Dilaporkan sekurang-kurangnya seorang polis Filipina maut manakala beberapa lagi cedera dan 30 orang dijadikan tebusan.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad memberitahu The Star Online bahawa pasukan keselamatan telah mengambil pendekatan untuk mengkukuhkan sempadan perairan di samping memantau perkembangan serangan di Zamboanga.

"Kami telah memaklumkan pasukan keselamatan kita supaya bersedia dan Esscom juga akan bekerjasama berikutan insiden itu," katanya.

Kedudukan Sabah yang terletak berhampiran Selatan Filipina menimbulkan kebimbangan bahawa pemberontak mungkin melarikan diri ke negeri itu dalam usaha mengelak daripada ditangkap pihak keselamatan Filipina.

MNLF yang diketuai oleh Nur Misuari yang disisihkan daripada perjanjian damai antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) kelihatan tidak senang duduk dan mengisytiharkan kemerdekaan untuk wilayah selatan Filipina termasuk Sabah pada 13 Ogos lalu.

1 comment:

Anonymous said...



Kepada saudara mara yang pro Pas, kawan rakan yang pro Pas yang mengenali saya atas nama pena Ana Muslimah .. saya mohon jangan marah kepada saya dan jangan buang saya atau sisih saya atau memusuhi saya.

Dalam isu kalimah Allah saya berpendirian begini :

" Allah saya sebagai seorang yang pro Umno, serta sebagai orang yang tak akan bersetuju Allah digunakan oleh penganut kristian .. tak sama dengan Allah kalian. Allah saya hanya untuk orang islam iaitu orang2 melayu Umno dan orang islam lain diseluruh dunia .. dan haram bagi saya untuk menyembah Allah yang kalian sembah kerana Allah kalian adalah tuhan yang mengaku bernama Allah sedangkan dia juga adalah tuhan kepada orang kristian "

Jika pendirian saya ini sesat dan murtad mengikut fahaman kalian maka saya mohon kalian (saudara mara dan kawan rakan pro Pas) rujuk dan minta lah fatwa daripada Tokguru Nik Aziz .. kerana hanya Tokguru Nik Aziz sahaja yang tahu jawapan. Walahualam .........

Ana Muslimah