Thursday, October 24, 2013

DAP Beropera Nafikan Tsunami Cina PRU13


Setelah Barisan Nasional terus dapat mengekalkan kuasa selepas Pilihanraya Umum ke13 baru-baru ini maka DAP mula bersilat opera untuk memastikan bangsa Cina terus dapat menipu kerajaan untuk mengaut keuntungan secara maksima  dengan memperbodohkan kepimpinan Negara. Tambahan pula para penasihat kerajaan tidak mendapat gambaran sebenar peratusan sokongan masyarakat Cina yang memilih untuk  berpura-pura sebagai talam dua muka untuk terus melalaikan kerajaan.

 Sekarang mereka cuba bermain teka-teki akan jumlah sokongan yang bakal diberi oleh bangsa Cina kepada kerajaan Barisan Nasional. Majoriti rakyat Malaysia yang waras fikirannya telah sedar dan bangkit dari mimpi. Kami sedar bahawa bangsa Cina sememangnya bersatu hati untuk menjatuhkan pemerintahan Barisan Nasional yang bertunjangkan UMNO.

 Namun bangsa Cina masih berharap kepada bangsa Melayu yang mereka boleh perbodohkan di dalam PAS dan PKR untuk terus mempengaruhi kerajaan untuk mempercayai pembohongan mereka bahawa bangsa Cina masih lagi menyokong Barisan Nasional. Ini merupakn strategi melalaikan dan melekakan untuk memastikan kerajaan Barisan Nasional tidak menyusun strategi yang cukup baik dan mantap untuk mempertahankan kuasa.

 DAP mengambil peluang untuk mempersendakan kekalahan Datuk Ali Rustam dalam pertandingan Naib Presiden UMNO baru-baru ini.  Selain daripada itu mereka juga menuding jari terhadap para penasihat Datuk Seri Najib yang telah memberikan maklumat yang salah sehinggalah ke hari penggundian PRU13 baru-baru ini.

Kononnya dengan jumlah pengundi di Bukit Katil yang terdiri daripada 53% Melayu masih lagi memihak kepada pembangkang. Dengan andaian 85% Cina keluar mengundi yang menentang Barisan Nasional  dan 70% Melayu mengundi UMNO namun Datuk Ali Rustam masih kalah maka mereka cuba menafikan tsunami pengundi Cina sedangkan hakikatnya kita tahu bahawa peratusan sebenar pengundi Cina keluar mengundi amat tinggi jika dibandingkan dengan pengundi Melayu.

Dalam waktu yang sama mereka juga cuba menonjolkan bahawa pada PRU14 yang akan datang dengan peratusan keluar pengundi Cina yang bakal meningkat dengan banyaknya dan ditambah dengan bangsa Serani dan bangsa India maka Melaka bakal jatuh ke tangan mereka.

 Dengan penambahan pengundi muda yang memihak kepada mereka melalui serangan media sosial secara berterusan  bakal memihak kepada mereka kecuali para Menteri yang bertanggungjawab untuk memberi informasi yang benar dan tepat kepada para pengundi muda agar tidak terus dipesongkan pegangan patriotism nya. Para  Menteri harus  menjalankan tugas dengan gigih dan berterusan untuk memulihkan akidah dan pegangan pengundi muda yang telah dipesongkan oleh pembangkang. Kami memohon kerajaan memantau menteri yang bertanggungjawab membawa orang muda menyokong semula Barisan Nasional.

 Kami amat memandang serius akan kewibawaan para Menteri yang membawa musuh ke dalam arena pentadbiran kerajaan. Sebarang kebocoran bakal mengakibatkan Negara tergadai kepada musuh yang sentiasa mencari ruang dan luang untuk memusnahkan Negara.

Petikan Mykmu.net

2 comments:

Anonymous said...

Persoalan nya siapa dalam UMNO yang akan mengambil tindakan untuk pastikan perkara tersebut tidak berlaku. Kita semua tahu orang UMNO dan pemimpin UMNO ada yang tak pandai. Banyak yang tak pandai pulak berlagak pandai, tapi memang tak pandai. Yes pandai, tapi pandai membodek, pandai cakap dan goring jer. Kerja kerja, amat sori. Kalau bukan orang UMNO yang buat kerja, sapa pulak nak buat kerja. Kalau DAP kerja kuat memfitnah, menabur kebencian terhadap UMNO, korang nak buat aper? Tak kisah kerana nak kejar projek. Mampus lah.

Anonymous said...

Yang nak termakan dengan dakwaan Lim Guan Eng ini hanyalah orang2 melayu Pas dan PKR. Tetapi melayu Umno tahu bahawa cina memang terang2 memboikot calon2 BN khasnya yang mewakili parti Umno.

PRU 13 telah meberikan satu ilmu yang sangat berharga kepada melayu bahawa :

1. Orang Melayu Jangan Ambil Mudah Urusan Mendaftar Sebagai Pemilih.

2. Orang melayu harus sedar Kenapa Sebelum PRU 13 Orang Bukan Melayu Begitu Giat Mendaftar Sebagai Pemilih, malah parti politik bukan melayu khasnya DAP yang paling aktif mendaftarkan setiap pemuda/pemudi cina yang mencapai umur 21 tahun sebagai pemilih.

3. Orang melayu jangan mengambil mudah Gerakan INI KALI LAH yang dipelopori oleh PR sebenarnya adalah Seruan DAP kepada seluruh pengundi untuk menjatuhkan kuasa politik melayu.

4. Orang melayu seharusnya merasa pelik kenapa orang2 bukan melayu begitu beria2 keluar mengundi, malah yang merantau diluar negara sanggup berbelanja naik kapal terbang kembali ke malaysia semata2 untuk membuang undi.

SAYANG BERKALI2 SAYANG rakan2 melayu saya daripada Pas dan PKR ternyata begitu buta dan bodoh kerana termakan dengan Seruan INI KALI LAH. Rakan2 melayu saya yang menyokong Pas dan PKR adalah merupakan manusia yang begitu bersemangat dan megah mengibar dan mengusung bendera DAP serata ceruk dan kampong melayu ... betapa bengapnya bangsa aku, betapa bodohnya bangsa aku ... lebih mengeciwakan lagi adalah betapa bengapnya bangsa ku yang bersongkok putih dan berserban sehingga tidak boleh membezakan mana satu musuh yang nyata dan mana satu musuh dalam selimut.

Ana Muslimah