Tuesday, November 12, 2013

Kuil Tidak Diruntuhkan Tapi Timbalan Menteri Bakar Sentimen Agama?


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy, hari ini menyelar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai tidak berhak mencampuri urusan Hindu.

Menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia, P Waythamoorthy, menyatakan Tengku Adnan tiada hak menyatakan apa yang tempat suci dan apa yang kuil. (“no business in interpreting what amounts to a shrine or temple”).

“Sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, beliau sepatutnya menghormati perasaan dan sensitiviti penganut Hindu, bukannya mempertahankan tindakan tidak bertanggungjawab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.” ["As a federal minister he should respect the feelings and sensitivities of Hindus, instead of justifying an unconscionable act by the Kuala Lumpur City Hall (DBKL)."]

Keputusan merobohkan ini merupakan arahan Mahkamah dan perlu dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Sekira Tengku Adnan tidak berhak mempertahankan para pegawai DBKL yang menjalankan tugas dan arahan Mahkamah, siapakah yang layak?

Ini bukan isu agama Hindu. Ini isu undang-undang. Jika Waytamoorthy sebagai Timbalan Menteri tidak boleh menghormati undang-undang, apakah rakyat Malaysia perlu patuh kepada undang-undang?

Kuil tidak diruntuhkan. Sepatutnya sebagai Timbalan Menteri dan Pengerusi Hindraf, Waythamoorthy menggunakan kedudukannya untuk menyelesaikan masalah, bukannya membakar sentimen keagamaan.
dbkl1
Ini merupakan kali ketiga Waythamoorthy menghina Mahkamah dan pihak berkuasa. Sebelum ini beliau mempertikaikan tindakan Mahkamah kerana tidak membebaskan abangnya. [Lihat Tuan Peguam Negara, Adakah Ini Bukan Menghina Mahkamah? dan mempertikaikan tindakan Polis mengadakan Ops Cantas [ Lihat: Waythamoorthy Perlu Kaji Sebelum Bela Penjenayah.

Apakah beliau bebas daripada sebarang undang-undang dan tindakan menghina mahkamah?

3 comments:

Anonymous said...

Najib & AG, wake-up...
Do something....people is watching

He is too much already !!!!!!

Anonymous said...

'Kebijaksanaan' Njib melantik orang ini menjadi timbalan menteri. Konon kononnya hendak menjadi PM ' dare to be different ' Poràaah!

Zikri Ahmad said...

Kepada pemimpin negara yang merupakan orang Islam...
Tolonglah sesangat buat sesuatu,,
x sedar ke umat Islam sekarang sedang ditindas?