Monday, January 27, 2014

ANWAR DAH MENTAL.. AJAK PENYOKONG SUPPORT NAJIB SEBAGAI PM



PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak kepada permuafakatan nasional terutamanya berkaitan keharmonian agama dan kaum di negara ini.

Menawarkan 'pelan damai' kepada Barisan Nasional (BN), Anwar berkata, keadaan semasa kini mencapai kepada tahap yang boleh merosakkan perpaduan nasional identiti rakyat Malaysia.

Beliau turut menggesa ahli-ahli politik dari kedua-dua belah pihak supaya bekerjasama ke arah pembangunan negara.

"Kita mesti menolak tanggapan bahawa Islam berada di bawah ancaman dan bahawa terdapat beberapa konspirasi jahat untuk menggantikan Islam sebagai agama persekutuan," katanya.

Anwar juga berkata konsensus kebangsaan perlu dilaksanakan bagi menangani isu-isu lain seperti kos sara hidup yang meningkat, rasuah dan keselamatan.

"Marilah kita membantu polis memerangi jenayah supaya kediaman kita, sekolah-sekolah dan kompleks membeli-belah menjadi lebih selamat," katanya.

Selain itu Anwar mengingatkan semua pemimpin tanpa mengira pegangan politik supaya meletakkan kepentingan nasional lebih tinggi daripada sebarang agenda politik.

"Kewajipan kepada negara adalah lebih besar daripada tugas untuk parti," katanya.

3 comments:

Anonymous said...

jangan percaya so babun ni....jahat...bertujuan untuk menjatuhkan orang.....berlakon mcm nak perpaduan....

Anonymous said...

Manusia bernama Anwar Ibrahim bukan boleh dipercayai sangat. Dia ibarat sesumpah. Bila terasa diri terdesak, akan digunakan kesempatan yang ada untuk menjadi hero. Berhati-hatilah.Tetapi saranan supaya rakyat Malaysia semua bersatu dan menjadi rakyat yang setia kepada negara adalah baik.

Anonymous said...

Ini agenda nmenyelamatkan DAP dan penyokong mereka.LKS pun dah rasa sesuatu yg buruk boleh berlaku dan jika ianya berlaku merekalah yg akan mengalami rugi besa-perniagaan mreka hancur ,saham mereka runtuh dan banyak harta benda mereka dibandar-bandar besar bakal musnah terbakar dsb.Puak DASP memang takut rugi,itulah sebabnya seeperti kata Prof Diraja Ungku Aziz kita kena ada pemimpin yg garang dan berani ambil risiko,jika PM kita seperti itu,puan DAP akan moyok ketakutan,tidak seperti sekarang naik tocang.