Saturday, January 25, 2014

‘Jangan Guna Kalimah ALLAH Ganti God’ TGNA- MACAM TAK CAYE JE


KOTA BHARU – Masyarakat bukan Islam di negara ini tidak boleh sesekali menggunakan kalimah ALLAH sebagai menggantikan perkataan God sebagaimana yang terdapat dalam kitab mereka khususnya Bible, tegas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, perkataan God dalam kitab itu lebih tepat diterjemah kepada perkataan ‘tuhan’ bukannya ALLAH sebagaimana desakan sesetengah pihak.

“Tetapi yang menjadi masalah sekarang kerana ada orang mahu God diterjemah kepada ALLAH, ini tidak betul, God maknanya Tuhan, ia bukan bermakna ALLAH, ALLAH lain, tuhan lain, tuhan terlalu banyak, ada orang bertuhankan harta.

“Tuhan yang sebenar adalah ALLAH, tetapi God dalam bahasa Inggeris itu tidak boleh diterjemah kepada ALLAH, sebaliknya tuhan. Nama apa tuhan?

“ALLAH nama sebenarnya. Nabi Isa bukan tuhan, Siti Maryam tidak tuhan, (Malaikat) Jibril tidak tuhan, ALLAH itu nama-Nya, sifatNya ada 99, orang tidak boleh kenal ALLAH melainkan melalui nama-nama-Nya,” katanya ketika menyampaikan Kuliah Jumaat di Medan Ilmu.

Menurutnya, masyarakat Arab jahiliyah di Makkah menggunakan kalimah ALLAH sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi, malah sekarang orang Cina pun selalu menyebut Alhamdulillah, Insya ALLAH selaligus membuktikan kalimah ALLAH sudah jadi sebutan untuk semua tanpa mengira Islam atau kafir.

Bagaimanapun katanya, walaupun kini kalimah ALLAH itu menjadi lafaz ‘biasa’ dalam kegiatan seharian masyarakat termasuk orang bukan Islam, namun ia tidak boleh disamakan dengan tuhan yang dirujuk dalam fahaman agama mereka.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz enggan mengulas lanjut mengenai isu kalimah ALLAH sebaliknya hanya mengulangi sokongannya terhadap keputusan Majlis Syura Ulama Pas pada Januari tahun lalu.

Isu kalimah ALLAH hangat kembali berikutan tuntutan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew yang berkeras mahukan semua gereja Katolik di Selangor menggunakan kalimah ALLAH dalam perhimpunan mingguannya sebelum mengundang kemarahan umat Islam.

Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari tahun lalu sebulat suara memutuskan ALLAH adalah kalimah suci iaitu ALLAH Yang Esa, tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Majlis Syura Ulama ketika itu turut menegaskan bahawa kalimah ALLAH adalah kalimah khusus dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut, begitu juga sebaliknya. – SH.

5 comments:

Anonymous said...

Tok gundu...dah terlambat untuk umat islam malaysia....tapi tak terlambat utk taubat.
Bagus lah kalau dah sedar, tak lama lagi nak ke alam barzakh kan..kan

Anonymous said...

Tok gundu...dah terlambat lah utk umat islam msia...tapi utk tobat tok gundu masih tak terlambat la kot.
Kenapa ambik masa lama sgt nak keluar statement? Kapal sinki tak buat kek harijadi nye pasal ke?
Takkan xde kek bai tahun ni baru nak keluar statement ni. Umno dari hari pertama lagi dah diri tegak.
Tok gundu pun bukan ada kuasa lagi dah dlm pas piss pus tu. Ada ke penganut mu yg nak dengar cakap lagi.
Rumah kata pegi dah..kubor kata mai lah...ingaaat sikit sebelum nyanyok.

Anonymous said...

Masa kau setuju dulu kenapa kau tak fikir macam ini. Ulama jenis apa kau. Cakap dulu fikir kemudian. Banyak mana kerosakan yang telah kau lakukan. Kau patut minta maaf atas ketelanjuran kau. Itu satu banyak lagi perkara kerosakan yang kau lakukan.

Anonymous said...

PULAK DAH. TENGOK ESOK LUSA DIA NAK KATA MACAM MANA PULOK.

Anonymous said...

Alhamdulillah
dah tobat dah org tua ni