Wednesday, January 22, 2014

Pembangkang “Double Standard” Antara Najib Dan Pak Lah?



Beberapa artikel disiarkan di laman lidah rasmi PAS, Harakahdaily, meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan segera. Antara pihak yang mahu Najib letak jawatan ialah anak arwah Tun Ghafar Baba yang khianat parti, Tamrin Ghafar, dan “Melayu pendewa DAP”, Aspan Alias.

Antara alasan yang mereka berikan ialah kononnya Najib gagal dalam isu ekonomi, agama,perkauman, rasuah dan penyelewengan. Kononnya lagi, kalau Najib terus memegang tampuk pentadbiran negara, Malaysia akan terus gagal dan berada dalam suasanu kacau bilau, tidak terkawal…ScreenHunter_08 Jan. 21 02.02

Hairan sungguh. Takut benar mereka pada Najib. Dulu, ketika Tun Pak Lah didesak kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah untuk meletak jawatan, Pakatan Haram bantah habis-habisan. Pak Lah melambung dipuji pembangkang walaupun pengganti Tun M itu teruk dihentam rakyat, penyokong, ahli dan pemimpin UMNO sendiri.

Mereka “sayang” Pak Lah sebab kepimpinannya yang lemah dan mudah untuk pembangkang tewaskan BN, kan? Berlainan dengan Najib, beliau menang PRU ke-13 secara terhormat, “gentleman” dan adil. Najib bersusah payah memperbaiki kerosakan di zaman Pak Lah sejak beliau berjawatan Timbalan Perdana Menteri lagi.

Dan ketika PRU ke-13 yang dikatakan paling sengit dalam sejarah berlangsung, Najib berjaya kekalkan kuasa di tangan BN dan membuktikan UMNO semakin kuat mendapat sokongan rakyat, khususnya Melayu Muslim. Mungkin sebab itu Pakatan Haram tak mahu Najib terus jadi PM. Payah mereka nak menang nanti.

Kalau bab bercakap bolehlah Pakatan Haram menang. Tapi kalau dalam hal melibatkan pentadbiran, UMNO/BN sudah sekian lama terbukti “champion”! Pembangkang uruskan negeri termaju pun gaduh sana sini, huru hara jadinya! Hanya berebutkan jawatan BOD, Pengarah dan Setiausaha PKNS pula yang jadi mangsa dianiaya! Itu baru peringkat negeri…

Sebelum PRU ke-13, mereka tiap-tiap hari suruh Najib adakan pilihanraya. Tiap-tiap hari mereka minta tarikh PRU ke-13. Bila Najib tak beritahu, mereka kata Najib takut nak laksanakan PRU ke-13. Kononnya Najib takut BN kalah. Maka bila tiba masanya, maka PRU ke-13 pun diadakan bagi mendokong demokrasi di Malaysia…

Bila diadakan PRU ke-13, BN kekal menang dan Najib terus jadi Perdana Menteri. Kerusi UMNO meningkat naik, kerusi PAS merudum ke bawah, menandakan sokongan Melayu Muslim berpihak pada UMNO/BN. Maka mereka mula mainkan rentak lain, mahu Najib letak jawatan…


ScreenHunter_09 Jan. 21 02.02

Ekonomi? Kos sara hidup meningkat? Sejak merdeka pada tahun 1957 hingga tahun 1970, apakah kos sara hidup tidak meningkat? Sejak tahun 1970 hingga tahun 2000, apakah tiada kenaikan harga barang dan perkhidmatan? Sejak zaman milenium hingga tahun 2014, maka wajarlah kos sara hidup meningkat juga. Apa yang nak diprotes?

Najib merupakan pemegang ijazah ekonomi dari universiti luar negara. Bukan calang-calang, Najib bukan lulusan “cukup makan” dari universiti biasa. Beliau tahulah tentang ekonomi. Siapa yang belajar ekonomi, ramai yang setuju dan faham dengan tindakan Najib itu. Memanglah ada pro dan kontra. Tapi “pro”nya lebih banyak dan tinggi berbanding kontra, kan?

Kalau Anwar perintah Malaysia, rasanya dia tahukah bagaimana nak uruskan ekonomi negara? Apa kelulusan Anwar? Dia nak letak siapa uruskan ekonomi? Mahfuz Omar? Rafizi? Kalau Rafizi “kelentong” Anwar tentang soal ekonomi, dia boleh sedar atau tidak? Jangan lupa, Tun M pernah “kantoi”kan Anwar dulu, kan?

Dalam isu agama dan perkauman, siapa yang kurang ajar dulu? Siapa yang cetus provokasi terlebih dahulu?

Tamrin dan Aspan boleh tanya Guan Eng dan DAP. Lihat sendiri betapa rapatnya “geng The Herald” dan “geng Pakatan Haram”. Memang Kerajaan boleh ambil tindakan. Tapi ia perlu mengikut lunas undang-undang. Silap bertindak, kerajaan boleh hilang kreadibiliti dan disaman, kan?

Itulah! Kalau dulu ada ISA, isu membabitkan agama ini lebih mudah ditangani. Cubalah cetus provokasi agama, “ke dalam”lah jawabnya, kan? Sebab itu sebelum ISA dimansuhkan dulu tidak ada pelampau agama atau pelampau chauvinis ultra kiasu seperti yang berlaku sekarang! Siapa yang nak sangat ISA dimansuhkan agaknya?

Rasuah dan penyelewengan? Tamrin lupa siapa Anwar? Tamrin lupa sejarah arwah bapanya yang “dicantas” Anwar melalui rasuah, pink form dan beg berisi wang jutaan ringgit? Siapa yang “raja rasuah dan seleweng”? Najib atau Anwar? Kalaulah Tun Ghafar masih hidup, rasanya teruk Tamrin “disekolahkan”…

Petikan-Mykmu.net

No comments: