Tuesday, January 21, 2014

RM430 JUTA GANJARAN KAHWIN DENGAN ANAK LESBIAN!!! ADA BERANI ???



TAIKUN berpengaruh daripada Hong Kong, Cecil Chao menggandakan ganjaran perkahwinan kepada HK $1bil (RM430 juta) terhadap mana-mana lelaki yang berjaya memenangi hati anak perempuannya iaitu seorang lesbian, Gigi Chao, demikian lapor Nanyang Siang Pau.

Bapanya menegaskan bahawa Gigi masih bujang walaupun dia mengaku sudah 'berkahwin' dengan pasangan wanitanya, Sean Eav pada 2012 di Paris.

Menerusi temubual dengan sebuah akhbar perniagaan awal bulan ini, Cecil berkata walaupun tawaran awal sebelum ini berjumlah HK$500mil (RM215 juta) pada 2012 berjaya menarik lebih daripada 20,000 lelaki untuk melamar, anak perempuannya masih kekal menyukai kaum sejenis.

Bagaimanapun ironinya, Cecil berkata beliau tidak akan campur tangan dalam kehidupan peribadi anak perempuannya.

"Saya hanya mengharapkan agar dia merasai alam perkahwinan dengan baik mempunyai cahaya mata bagi mewarisi perniagaan saya," kata Cecil.

Beliau juga percaya bahawa corak pemikiran Gigi akan berubah dalam masa yang sesuai kerana dia kini hanya berusia 33 tahun.

Cecil mendedahkan bahawa Gigi pernah memberitahunya sebelum itu bahawa dia masih belum menemui pasangan lelaki yang sesuai.

1 comment:

Anonymous said...

Waah....Lumayan terus jadi Jutawan...Macam mana nak Kontek untuk NIKAH dengan anak Jutawan HongKong tu....