Wednesday, January 29, 2014

UNDIAN- Khalid Gagap Lebih Cekap Mentadbir Dari Aljuburi


PETALING JAYA: Pelbagai pihak mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor mengikut undian yang dijalankan oleh The Star pada Selasa.

Undian yang bermula pada pukul 8 pagi itu telah menarik perhatian seramai 2,125 pengundi untuk membuat pilihan dengan 43 peratus mahu Abdul Khalid dikekalkan.

"Beliau telah mentadbir dengan baik, sesuatu yang amat jarang dilakukan oleh pemimpin di negara ini. Beliau perlu terus menjadi menteri besar walaupun terdapat gesaan daripada pengkritiknya," kata pengundi.

Seorang anak kelahiran Terengganu, Ariff berkata, Abdul Khalid merupakan seorang yang memahami masalah ekonomi dan lebih baik dari orang lain.

"Berintegriti, jika orang Selangor tidak mahu beliau sebagai menteri besar, kami orang Terengganu mempelawa Abdul Khalid dengan tangan terbuka untuk menjadi menteri besar," katanya.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pula mendapat sebanyak 24 peratus undian untuk berada sebagai pilihan kedua dengan 497 undi.

Ahmad Rasydan berkata, Rafizi merupakan rakan sekolahnya dan beliau adalah calon terbaik untuk menjadi menteri besar Selangor.

"Walaupun terdapat beberapa kenyataan beliau tidak tepat tetapi kesalahan itu lebih kecil jika dibandingkan dengan yang dilakukan oleh pemimpin lain," kata penduduk Kerteh itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai calon pilihan raya kecil itu hanya menjadi pilihan ketiga dengan mendapat 21 peratus atau 450 undi.

Berada di kedudukan keempat pula ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Cempaka, Iskandar Abdul Samad yang mendapat 172 undi iaitu 8 peratus.

Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali pula menjadi pilihan terakhir dengan 91 undi atau 4 peratus dari keseluruhan pilihan.



No comments: