Friday, February 7, 2014

Adakah Si Khalid Ni Benar-Benar Pakar Ekonomi???



AGAK pelik bagi seorang ‘pakar ekonomi’ yang dikatakan terhebat di dalam bidangnya seperti Menteri Besar Selangor (bakal hilang jawatan), Tan Sri Khalid Ibrahim, gagal mengesan ketirisan yang berlaku di dalam anak-anak syarikat PKNS (yang dipengerusikannya) sehingga ada yang membayar gaji buta sebanyak RM 7 juta setahun kepada kakitangannya yang dipecat baru-baru ini?

Ini kita bercakap tentang alasan diberikan Khalid berhubung pemecatan 23 kakitangan kontrak di salah sebuah anak syarikat milik PKNS minggu lepas. Kata Khalid, semua kakitangan tersebut diambil bekerja tanpa mengikut proses yang betul (sekadar recommend dari Lembaga Pengarah) dan dibayar gaji jauh lebih tinggi dari kakitangan tetap PKNS yang lain.

Pulak tu, kos yang terlibat bukan sikit, tapi RM 7 juta setahun, 4 tahun dah RM 28 juta, tak cerita pampasan dan faedah lain lagi tu. Hairan macam mana Khalid boleh terlepas pandang, kata hebat sangat?

Buat masa ini penulis tidak berminat nak mengulas tentang nasib semua kakitangan yang dipecat itu kerana penulis yakin, undang-undang berkaitan sedia ada di negara kita seperti Akta Pekerja 1955 dan Akta Perhubungan Industri 1967 sudah cukup untuk menangani nasib mereka yang terlibat.

Yang nak kita persoalkan sekarang ini ialah tentang polisi dan dasar diamalkan kerajaan pakatan pembangkang sehingga pembaziran dan ketirisan yang besar macam ini boleh berlaku selama bertahun-tahun dan ’hanya disedari’ bila Pengerusi PKNS sedia ada nak kena melepaskan kesemua jawatan yang disandangnya kepada Anwar Ibrahim.

Boleh ke macam itu, ambil orang bekerja tanpa melalui proses temuduga dan sebagainya, bayar gaji berkali ganda tinggi dan hanya sedar perkara itu salah, 4 tahun kemudian?

Penulis bukanlah nak berandaian atau menganggap yang bukan-bukan, tapi sistem macam ini lebih teruk dari syarikat milik keluarga pun atau PKNS tu dah jadi harta nenek moyang mana-mana yang berkenaan sehingga pengambilan, penentuan gaji dan sebagainya dibuat ikut suka perut.

Yang kononnya hebat ekonomi pun buat-buatlah terkejut bila isu pemecatan itu jadi isu nasional?

Kalau inilah cara pembangkang menguruskan harta rakyat, jawabnya tak lamalah sebelum negara kita ni melingkup. Cakap pasal orang lain bukan main hebat kau ya, rupanya kau sendiri lebih buruk dan teruk dari orang yang kau mengata.

Ini masa ’pakar ekonomi terhebat alam maya’ menguruskan Selangor ni jadi macam itu, belum lagi budak lulusan ijazah am (sastera) ambil alih. Silap-silap anjing jaga keselamatan pun dibayar gaji juga (tapi duitnya dapat kat orang lainlah), ini semua tak mustahil tau.

Dalam masa sama, nak juga tanya Jabatan Audit Negara, macam mana boleh tak kesan ketirisan ni semua?

Petikan Mykmu.Net

5 comments:

Anonymous said...

Jabatan audit negara pun sial juga... Jadi tukar pada jabatan auta negara

Anonymous said...

Sebenarnya bukan ksalahan dari kalid gagap seorang tetapi kekagalan penasihat ekonomi bergaji seringgit dlm memberi nasihat dari sudut politik dan pentakbiran almaklumlah selalu pusing satu dunia..tinggal jepun aje tak bagi masuk...jadi penasihat bertaraf sehinggit ni di pakaikan baju hero...sebagai penyelamat bertaraf superman..malangnya underware pakai kat luar...pass tu ada hati nak jadi MB..tak ke kelakar taraf maharajalawak!!!...cuba tanya kan pada ANUAR IB..berapa BILLION pelaburan sudah di bawa masuk ke SELANGOR atas kapasiti sebagai PENASIHAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR...ada tak ..kalau ada ...sila tunjukkan bukti...

Anonymous said...

Cuba cari berapa bnyk anuar ke luar negara..berapa kos perjalanan..siapa yg bayar..guna duit mana..jika kerajaan selangor..sila guna isu ini..tulis besar2..salah guna duit rakyat mcm puak depa buat...cari juga berapa jumlah pelaburan yg anuar bwk masuk sebagai penasihat ekonomi...saya pasti jawapan nya nanti...jahanam..

Anonymous said...

Buat ANUS 5:18pm, jabatan audit tak periksa pasal hal ehwal kakitangan sesuatu jabatan, cukup ke kakitangan, terlebih ke, bayar setimpal ke, tak setimpal ke.. tu bukan tugas hakiki mereka. Jabatan audit periksa tentang perlaksanaan projek dan apakah duit yang dibelanjakan sesuai dengan nilai sesuatu barangan/ perkhidmatan yang diperolehi.

Jadi, tolong jangan beri komen bodoh macam tu lagi ye.. hanya menampakkan kebodohan dari kecerdikan ko je annti...

Anonymous said...

Audit adalah bersifat reasonabloe assurance bukan absolute assurance. Apa yg audit buat ialah mengenalpasti cabang perbelanjaan, dimana sampel akan diambil daripada mana2 perbelanjaan yang mewakili paratusan yg terbesar. Audit bukan cari silap tp penambahbaikkan proses mutu kerja dan perbelanjaan. kalau nak tau selangor by sampai rm7 juta, maka budak2 audit tu kena duduk situ setahun dan skop audit adalah fraud, bukan accounting.