Tuesday, February 4, 2014

AZMIN DAH HIDU GAME ANWAR DAN KHALID-SEMAKIN DITINGGALKAN DI SELANGOR



PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, lantikan Abdul Khalid dibuat bagi melancarkan gerak kerja jentera parti itu.

Selain itu PKR turut mengumumkan Ketua Wanita Keadilan yang juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dilantik sebagai timbalan Abdul Khalid.

"Sementara Borhan Aman Shah yang merupakan Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Selangor dilantik sebagai Pengarah Operasi Pilihanraya.

"Insya-Allah dengan ini jentera pilihanraya PKR akan dapat bergerak dengan berkesan demi membawa kemenangan kepada parti," katanya pada Selasa.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas Adun kawasan itu, Lee Chin Cheh dari PKR (PKR) meletak jawatan secara tiba-tiba pada 27 Januari lepas.

Pakatan pembangkang menamakan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon mereka jika pilihan raya kecil diadakan

2 comments:

Anonymous said...

..ibu yb jamban sudah pun berdoa supaya yb jamban kembali ke pangkal jalan dan tinggalkan aljuburi.. insyaAllah Allah swt akan maqbulkan.. amin..

..qiamat la donia porno aljuburi bila yb jamban bongkarkan segala kejahatan aljuburi selamanya.. taqbir!..

usin said...

itulah pasal. aku tak percaya khalid pemimpin lemah dalam pkr malah otaknya lebih brilliant berbanding anwar. buaya tak perlu kejar mangsa, mangsa datang sendiri serah tengkok. itulah perumpamaan bagi strategi politik khalid. nampak lemah tetapi agresif, garang, bisa dan amat berkesan. yg bertanding adalah anwar, tetapi yg jd pengarah pilihanraya dun kajang adalah khalid dgn dibantu mak lampir. hahaha...kemana nama azmin tenggelam? kan aku dah kata, ada jugak yg akan kena lempar ke parit!!!