Wednesday, February 5, 2014

BILA KITA BUAT DIA KATA FITNAH- BILA DIA BUAT "ITU SATIRA POLITIK" LANCIAU LA LU TERESA



Ahli parlimen DAP, Teresa Kok cuba mempertahankan tindakan biadap dan kurang ajar yang dilakukan melalui video sindiran sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini. Menurutnya Umno sengaja ingin memutarbelitkan isu kandungan klip video yang bertajuk ‘Onederful Malaysia’ itu kerana telah bankrap idea.

Wakil rakyat dari Seputeh itu mengatakan, rakaman video tersebut hanyalah merupakan ‘satira politik’ (lawak politik) semata-mata kerana ia tidak merujuk kepada mana-mana pihak dan tidak menyebut sebarang nama serta bukan bersifat hasutan.

Paling menarik dia turut mengatakan sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap dirinya ia adalah merupakan “penindasan politik”.

Video berdurasi hampir 12 minit yang disiarkan di YouTube itu antara lain memperlihatkan barisan tetamu undangan berkenaan mengeluarkan kenyataan menyindir beberapa perkara, termasuk sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.

Malah, seorang tetamu dikenali Master Yan Yan yang ditanya mengenai Tahun Melawat Malaysia 2014 mengutuk Sabah dengan kenyataan berikut : But then, you can travel to Sabah, where you get to see pirates, with a bonus show of kidnapping and scenes of open fire” (anda boleh melancong ke Sabah, di mana anda boleh melihat lanun, dengan pertunjukan bonus penculikan dan babak tembakan).

Sindiran-sindiran lain didakwa turut ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Yang menariknya isu yang hampir sama ini, pernah terjadi pada beberapa tahun yang lalu. Pada 9 Oktober 2008, dia telah mengemukakan saman berjumlah RM30 terhadap Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Zaini Hassan dan Utusan Melayu (M) Bhd yang kononnya telah menerbitkan sebuah artikel fitnah.

Artikel yang bertajuk ‘Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ‘ba-alif-ba-ya’ itu dikatakan bertujuan memperkecilkan dirinya secara peribadi dan rasmi termasuk sebagai Ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Exco kerajaan negeri Selangor.

Yang menariknya ketika perbicaraan kes tersebut, dia yang ditanya oleh peguam mengakui artikel tersebut langsung tidak menyebut namanya. Tidak lama selepas itu, Teresa telah mengarahkan peguamnya untuk menarik semula kes tersebut tanpa memberikan sebarang alasan.

Selain daripada itu, dia juga pernah mengemukakan saman terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Chamil Wariya kerana menulis sebuah cerpen bertajuk “Politik Baru YBJ” yang kemudiannya diterbitkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 12 Oktober 2008.

Merasakan cerpen tersebut merujuk kepada dirinya, anggota Exco kerajaan negeri Selangor itu segera memfailkan saman pada 12 Disember 2008 yang berjumlah RM30 juta juga. Dia mendakwa cerpen tersebut telah merujuk kepada dirinya dan bukan hanya sekadar kebetulan. Kes tersebut juga akhirnya diselesaikan di luar mahkamah.

Kesimpulannya, apabila terkena batang hidung sendiri dia bukan main marah lagi, sehingga bertindak mengemukakan saman yang bernilai jutaan ringgit. Pada ketika itu, tidak timbul pula soal satira politik atau hanya sekadar lawak jenaka.

Diharapkan semoga siasatan terhadap kes ini dapat dijalankan dengan segera. Agar hukuman dapat dijalankan sekiranya terbukti dia bersalah. Diharapkan dengan tindakan itu, tidak ada lagi kes-kes yang menyentuh sensitiviti dan bersifat perkauman dilakukan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

Petikan Mykmu.net

2 comments:

Anonymous said...

Saya rasa terhina bila pertubuhan melayu dan NGO melayu menyembah-nyembah dan merayu-rayu minta Teressa Kork minta maaf.

Saya nak tanya balik. Kalau dia tak mahu minta maaf Apa Lu Orang Mau Bikin Sama Dia ?????

Saya saja mahu kasi tau sama lu orang Berapa Kuat Lu Orang Melayu Salak Sama Dia, Dia Sikit Pun Tadak Hairan Punya.

Simpatee Samy

Anonymous said...

Dei hindu yang bernama Simpatee Samy

Hang jangan nak menyibuk. Ini masalah melayu yang tak dak kena mengena dengan hangpa pun.

Kami nak salak ka nak tokak ka hang peduli apa.