Wednesday, February 5, 2014

COMFIRM!!!! TIADA SEBARANG KENAIKAN HARGA TOL PADA TAHUN INI


PUTRAJAYA: Pemandu di seluruh negara boleh menarik nafas lega kerana kerajaan mengambil keputusan untuk tidak menaikkan kadar tol pada tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata langkah ini menyebabkan kerajaan menanggung kos RM400 juta untuk membayar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi tol.
Beliau membuat pengumuman itu pada Rabu, selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kenaikan Kos Hidup di sini, sambil menambah keputusan itu dibuat semasa mesyuarat Kabinet.
Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM120 juta untuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) bagi memastikan bekalan makanan yang mencukupi di pasaran.

No comments: