Friday, February 21, 2014

Dulu Bangla, Kini Myanmar Pula Dituduh Sebagai Pengundi Hantu



Sudah terang tak perlu bersuluh lagi sesungguhnya kekuatan sebenar PKR yang diterajui Anwar Ibrahim adalah terbina atas dasar penipuan, manipulasi, provokasi dan propaganda yang perlu diakui kehebatan dan kelebihannya itu takkan sesekali mampu ditandingi oleh sesiapa pun di atas muka bumi ini.

Atas sebab kelebihan dimiliki itulah kisah tahyul kewujudan 40 ribu pengundi hantu dari Bangladesh yang heboh diperkatakan semasa kempen PRU-13 dulu ditelan bulat-bulat oleh sebahagian rakyat Malaysia terutama sekali pengundi Cina. Itu bukti nyata kehebatan Anwar dan PKR.

Hatta bila mana tuduhan itu jelas semberono dan langsung tak terbukti walau seorang pun rakyat Bangladesh yang terlibat membuang undi, pun tetap ada kalangan balaci PR termasuklah dari PAS dan DAP yang masih percaya sehingga terbawa-bawa kepada perhimpunan Blackout 505.

Selang sebulan selesai PRU-13, Anwar serta geng penglipur laranya akhirnya turut mengangkat sumpah di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri sebagai simbolik pengiktirafan PR terhadap ketelusan proses pilihanya kendalian SPR, pun masih bergentayangan ceritera pengundi hantu Bangla.

Dan tatkala Anwar kemudiannya dengan selamba menafikan pernah membuat tuduhan kewujudan pengundi hantu Bangladesh meskipun terpampang jelas tuduhannnya itu dalam pelbagai rakaman video, blog dan portal maya pro pembangkang, seperti biasa balaci PR tetap menaruh kepercayaan pada Anwar dan PR.

Itu tak masuk lagi propaganda Kerajaan Lompat 16 September 2008 yang berjaya menyebabkan ramai lebai-lebai PAS termimpi-mimpi keempukan kerusi Menteri di Putrayaja. Juga belum diimbas kehebatan sandiwara keracunan arsenik dan suntikan darah HIV positif yang pernah dijayakannya sebelum ini.

Pendek kata kalau diungkit satu persatu sandiwara dan siri telenovela garapan Anwar dengan kerjasama pemimpin pembangkang yang lain serta disokong pula oleh rangkaian penyebaran propagandanya yang besar di alam maya, agaknya 100 tahun mendatang pun belum tentu ada karya yang boleh mengatasi kehebatannya.

Lantaran itu tidaklah pelik apabila pemimpin PKR yang suam-suam kuku kambing iaitu Chegu Bard yang mengetuai NGO tidak berdaftar Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pun teruja untuk jadi pakar propaganda dan pembohong bersiri seperti Anwar dengan menyebarkan pula ceritera propaganda perihal pengundi hantu Myanmar pula.

Katanya, beribu-ribu warga asing dipercayai dari Myanmar telah memasuki negara dari KLIA bersama beg-beg besar dan diturunkan di hadapan KTM Kajang yang pada tanggapannya berkemungkinan ada kaitan dengan PRK DUN Kajang.

Untuk justifikasikan dakwaannya itu lagi dipalitkan pula tuduhan bahawa SPR sengaja melambat-lambatkan proses penamaan calon dan hari mengundi PRK DUN Kajang supaya nampak lojik di mata umum.

Mentang-mentang sandiwara 40 ribu pengundi Bangla semasa PRU-13 dulu merekodkan box office dan berjaya menghasilkan pulangan lumayan berikutan kejayaan memperdayakan ramai pengundi, itulah agaknya sempena nak menjelang kempen Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang ini propaganda hampir sama digarap lagi.

Dan macam biasa tanpa usul periksa ramailah penyokong PR khususnya dari PKR yang segera melaksanakan tugas menyebar luaskan dakwaan itu dalam blog dan akaun sosial. Yang penting bagi mereka, jika dulu pernah berjaya memperdaya khalayak maka tiada salahnya dimanfaatkan semula untuk PRK DUN Kajang.

Betul atau tidak belakang cerita. Dulu dalam isu 40 ribu pengundi Bangla walaupun sudah kantoi menipu bukan persoalan besar bagi pemimpin PKR dan balacinya kerana pada mereka selepas berbulan-bulan lamanya ramai orang sudah lupa penipuan sebelumnya. Itu hakikat, bukan begitu?

Jelas terbukti kehebatan pimpinan Anwar dalam PKR dan PR mirip betul dengan peribahasa ‘guru kencing berdiri anak murid kencing berlari’, cuma lebih cantik kalau digubah sedikit ‘Anwar kerap kencing berdiri, balaci kencing berlari, Chegu Bard tumpang sekaki’.

Petikan Mykmu.net

3 comments:

ajai62 said...

Assalam Bro

Suruh agensi kerajaan buat pemeriksaan di KAJANG... ramai rakyat dari negara CHINA ada kat situ.. Mereka kah pengundi hantu yang akan undi ANWAR...hihihihh...

Anonymous said...

Apa tak sebut pasal beribu-ribu rakyat negara Cina yang masuk ke Malaysia tu?

Anonymous said...

Kawan kawan aku berbangsa Cina di Kajang..berpakat tak mau keluar undi.....kata mereka Undi 5 tahun sekali bukan ikut suka hati...buang masa kata mereka.