Wednesday, February 5, 2014

GILIRAN ISTANA MENJADI MANGSA MEREKA YANG TELAH DI SODOM OTAKNYA



PRK Kajang bukanlah sekadar pilihanraya kecil, terutamanya apabila Anwar Ibrahim diumumkan sebagai calon PKR setelah perletakan jawatan ADUN PKR, Lee Chin Cheh atas alasan yang karut. Maka, motif Anwar untuk bertanding menjadi bualan hangat para pemerhati politik di Malaysia.

Tentunya pergeseran di antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ibrahim Ali tentang jawatan menteri besar menjadi dasar perbincangan akan motif untuk Anwar bertanding. Mudah kata, “babi sama babi bergelut, babi tunggal juga yang berkuasa.”

Namun, apakah langkah untuk menamakan Anwar bertanding sekadar tamat pada topik “Anwar ingin menjadi Menteri Besar?”

Apa yang perlu dilihat, apa yang bakal berlaku dalam proses untuk “Anwar menjadi Menteri Besar?” sekiranya beliau bertanding dan menang pada PRK Kajang nanti.

Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor menyatakan bahawa hanya Islam dan Melayu sahaja yang boleh memegang jawatan tersebut. Ini menceritakan bahawa Anwar Ibrahim adalah layak untuk menjadi Menteri Besar.

Hakikatnya, kerajaan Selangor boleh mengubah undang-undang tubuh, kerana memiliki 2/3 majoriti dalam sidang DUN. Ini bermakna jika mereka sebulat suara akan mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai menteri besar, maka tertulis dalam sejarah, bahawa Menteri Besar Selangor terdiri dari bukan kalangan anak Selangor.

Resolusi ini akan dibawa ke peringkat Istana untuk mendapat perkenan Sultan Selangor. Apakah Sultan Selangor akan memberi perkenan kepada seorang bekas banduan, selain dari pelbagai lagi isu yang melingkari dirinya?

Jika tidak, apa pula yang berlaku?

Mungkin inilah niat sebenar mereka, dengan mencabar kuasa Sultan. Hari ini, kita melihat Islam dan Melayu dihina pada tahap yang tidak pernah terfikir oleh kita. Hubungkait dua perkara ini bukanlah kebetulan, kerana apa yang bakal berlaku sedikit masa lagi adalah satu perancangan menyeluruh untuk menyerang institusi penting yang terbukti menjadi tunjang kedaulatan dan keharmonian negara selepas mencapai kemerdekaan.

Pertembungan kuasa Dewan Undangan Negeri dan kuasa Sultan menjadi satu lagi strategi menghasut rakyat. Apa yang bakal dicanangkan ialah hak dan kuasa rakyat dinafikan, dan bertitik tolak dari pendapat ini, mereka akan cuba menimbulkan keadaan tegang yang memungkinkan huru-hara.

Bukan sukar untuk menduga sokongan DAP kepada Anwar Ibrahim kali ini, sungguhpun mereka tidak dimaklumkan terlebih dahulu akan tindakan PKR itu. DAP sudah lama bersifat anti-Islam, anti-Melayu dan anti-Raja. Tentu sahaja krisis yang mahu ditimbulkan oleh Anwar ini mendapat sokongan padu, waima bukan atas nama tahaluf siyasi.

Dan PAS sama sekali tidak faham konsep tahaluf siyasi yang sebenar, kerana bahalul siyasi amalan PAS sangat merugikan agama Islam itu sendiri.

Satu persatu institusi yang dipatrikan erat untuk menjaga Islam akhirnya terlerai sedikit demi sedikit.

Apakah kita, umat Islam dan Melayu sekadar mampu melihat yang menanti apa yang bakal berlaku kelak?

Petikan Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Bukan Melayu dan Islam di hina tapi di pijak juga. PAS sanggup menjual kalimah Allah semata-mata ingin kuasa politik. Nasib Melayu akan jadi menjadi pengemis di tanah sendiri. Siapa tahu