Thursday, February 13, 2014

Indeks Kebebasan Media Menurun Kerana "U Ulang I Saman U"




LIM Kit Siang Malam seakan dapat daging khinzir percuma bila mendapat tahu kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media yang dikeluarkan pertubuhan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpengkalan di Perancis, semakin merosot.

Gembiranya Kit Siang bila melihat kedudukan Malaysia dibawah negara-negara yang jauh lebih mundur seperti Mynmar, Bangladesh dan sebagainya, yang mana pada pemahamannya menunjukkan media di Malaysia ini tersekat kebebasannya.

Penulis sebetulnya boleh saja mempertikaikan apa kredebiliti yang RSF ini ada untuk menilai kebebasan media di Malaysia sebegitu, apa pendekatan yang digunakan dan berapa kali sudah mereka datang kesini mendapatkan maklumat sebenar tentang kebebasan media yang diamalkan disini.

Tapi itu nampaknya terlalu mudah, lebih kepada gaya yang sering digunakan pembangkang dan penulis tidak mahu letak diri ini serendah itu dari segi taraf.

Penulis katakan, yang bagi indeks itu menurun ialah pembangkang juga, terutama PKR dan DAP yang terlalu banyak menyaman wartawan dan organisasi media yang tidak sebulu dengan pendirian politik masing-masing.

Tanya Anwar Ibrahim, tanya Guan Eng dan ramai lagi pemimpin pembangkang, dah berapa kali mereka saman organsasi media di Malaysia?

Banyak sangat tu, sampai tak dan nak kira.

Diantara mereka, Anwarlah paling jaguh tu, jangan bergegar sikit saja kantung telurnya tu bila baca laporan media, nescaya disamanlah organisasi berita yang berkenaan, terutama sekali Utusan dan TV3

Jangan kata itu, nak tanya soalan pun tak boleh juga, nanti kena saman

Adakah di negara Mynmar berlaku keadaan seperti di Malaysia bila pembangkang tidak ada kerja lain selain menyaman media yang menyiarkan berita tentang keburukan mereka?Dah memang buruk, siar buruklah, takkan buruk siar baik pulak, nanti dikatakan spin berita.

Jadi apa yang Kit Siang banggakan bila indeks tersebut jatuh kerana mereka jugalah puncanya. Kalau tak sebab tindakan pemimpin pembangkang yang dijelaskan di atas, kebebasan media di negara ini, terutama media sosial, memang begitu ’mewah’ sekali.

Rakyat dan wartawan Singapura umpamanya, cukup cemburu dengan kebebasan media Malaysia. Di negara kecil itu, sudahlah organisasi medianya dikawal kerajaan, nak jadi blogger macam penulis ini pun kena daftar dengan kerajaan negara tersebut.Bandingkan dengan di Malaysia.

Oh ya, cakap pasal itu, dimana kedudukan Singapura yang dikeluarkan RSF? Malaslah nak ambil tahu, yang nyata, kalau lebih baik dari Malaysia, confirm ada yang tak kena di mana-mana.
Petikan Mykmu.net

No comments: