Wednesday, February 12, 2014

Mahkamah Tolak Usul Anwar panggil Saksi semula, Tapi Setuju Tangguh Kes Rayuan



PUTRAJAYA 12 Feb. – Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak notis usul daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil semula bekas pegawai penyiasat kes liwat Ketua Pembangkang itu, Supritendan Judy Blacious Pereira.

Bagaimanapun, pasukan pembelaan yang diketuai Karpal Singh kemudian memohon untuk mengemukakan rayuan keputusan itu di Mahkamah Persekutuan.

Berikutan itu, mahkamah telah menangguhkan rayuan pihak pendakwaan behubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Februari ini.

Mahkamah Rayuan ini bersidang dengan tiga orang panel hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Aziah Ali. Dua lagi hakim ialah Rohana Yusuff and Mohd Zawawi Mohd Salleh.

Pagi tadi Mahkamah mendengar permohonan peguam bela untuk memanggil semula saksi pendakwa, bekas pegawai penyiasat, Jude Pariera. Jude Pariera merupakan pegawai penyiasat yang mengendalikan bukti air mani tertuduh.

Peringkat rayuan selalunya membabitkan hujahan antara pendakwaraya dan peguam bela sahaja. Justeru tindakan peguam bela mahu memanggil semula Jude Periera sangat mengelirukan dan menimbul tanda tanya.

No comments: